Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WIRE KEPALA DIA PUTUS SATU

Tuesday, March 12, 2013

Jurutera Buat Laporan Polis Berhubung Bendera PKR? Betulke Jurutera ni?... nampak bodoh sangat la..


Tentu terpinga-pinga pegawai Polis yang menerima laporan dari Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah yang mendakwa dirinya seorang Jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat ini..

Nak siasat atas tuduhan apa dan nak dakwa kerana kesalahan apa entahlah.. laporan Polis dibuat hanya kerana bendera Parti Keadilan Rakyat mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.

Kata Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah dia dah tanya Anwar Ibrahim tentang makna makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan sejak empat tahun lalu, tapi anwar tak layan..

Sebab itu dia buat laporan Polis..

Apalah punya bangang dia ni.. kata Jurutera tapi jalan cerita tu nampak bodoh macam macai-macai UMNO yang lain saja..

Takkanlah Jurutera tak tahu nak guna Google kot??

Jurutera Buat Laporan Polis Berhubung Bendera PKR

IPOH, 11 Mac (Bernama) -- Seorang jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat dan kini kembali ke tanah air, membuat laporan polis berhubung keraguannya terhadap bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.

Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah, 41, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Saya minta supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan (Rakyat) ini," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR di sebalik penciptaan logo dan warna di dalam bendera parti terbabit sejak empat tahun lalu, namun gagal.

Mohamad Ridhwan Batumalai yang mempunyai pengalaman dalam bidang minyak, gas dan pentadbiran korporat berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat sekiranya Anwar enggan menjelaskan perkara berkenaan.

"Sekiranya Anwar tidak dapat memberi penjelasan, rakyat tidak seharusnya mengundi parti pembangkang itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya mengenai keputusannya membuat laporan polis demi kepentingan negara dan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang saudara baru, saya tidak boleh melihat umat Nabi Muhammad S.A.W. berpecah belah kerana Nabi Muhammad tidak suka umatnya berpecah belah," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Jenis keturunan Tapir agaknya Mamak t0ngkang ni kAh!³

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.