• Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly Ahmad
1 / 1
SHAH ALAM – AJK Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden yang menimpanya, awal pagi tadi.
Beliau juga bertindak untuk tidak menyokong mana-mana spekulasi yang dibuat terhadap kejadian itu.

"Saya tak boleh nak kata apa-apa pasal sebarang spekulasi. Kalau ada pihak yang mengandaikan ada yang tercabar dengan kenyataan saya, itu saya tidak mahu buat sebarang spekulasi.

"Saya tidak mahu buat apa-apa tuduhan atau andaian. Saya juga tidak mahu menyokong mana-mana teori yang hendak dikaitkan dengan apa yang telah berlaku. Saya mahukan pihak polis untuk melakukan siasatan yang lebih teliti," katanya yang dipetik melalui laporan sebuah portal berita, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: AJK Pas diserang balik solat Subuh]
Sementara itu, anak lelaki Dr Dzulkefly, Mu'adz mengesahkan bapanya cedera dalam insiden awal pagi itu kepada Sinar Online.

Menurut Mu'adz, ayahnya cedera di bahagian bibir,muka dan kepala akibat dipukul.

Awal pagi ini, Dr Dzulkefly dilaporkan cedera akibat dipukul ketika mahu pulang selepas menunaikan solat Subuh.

Susulan kejadian itu, Dr Dzulkefly mengalami bengkak di muka namun tiada kecederaan serius dan telah membuat laporan polis .