1MDB buat bayaran balik awal hutang RM2 bilion
KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat bayaran
balik dengan penuh dan lebih awal kemudahan RM2 bilion daripada Marstan
Investments NV.
"Kemudahan ini dimeterai pada Februari 2015 dan hasilnya digunakan
untuk membuat bayaran balik hutang RM2 bilion kepada satu sindiket bank
tempatan.
"Kemudahan itu diatur untuk 1MDB oleh Tanjong, sebagai pilihan kepada
komitmen Tanjong untuk melabur ekuiti RM2 bilion dalam anak syarikat
1MDB, Powertek Investment Holdings Sdn Bhd," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Menurutnya, pembayaran balik itu menandakan peristiwa penting dalam
pelan rasionalisasi 1MDB dan mengurangkan lagi obligasi hutang jangka
pendek 1MDB. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment