TPM ziarah Ahmad, doakan MB Kelantan cepat sembuh
KOTA BHARU -"Kita doakan beliau dalam keadaan baik dan sembuh serta dapat bertugas semula dalam masa terdekat."
Itulah kata-kata semangat yang diluahkan Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas meluangkan masa lebih 10 minit
melawat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di wad Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini petang tadi.
Ahmad Zahid turut berpeluang berbual dengan Ahmad Yakob ketika sesi
lawatannya itu di wad 2 delima di hospital terbabit, berhubung kesihatan
beliau.
"Doktor ada beritahu kesihatan beliau (Ahmad Yakob) dalam keadaan baik.
"Kita sama-samalah berdoa agar Yang Berhormat dapat bertugas semula," katanya kepada media di sini selepas lawatan terbabit.
Zahid turut ditemani Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepengunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Ketua Setiausaha
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Seri Alias Ahmad.
Ahmad Zahid berkata, beliau juga akan melakukan perbincangan dengan
Ahmad Yakob berhubung beberapa perkara yang tidak berkaitan dengan
politik selepas kesihatan MB pulih.
Ahmad Yakob, dirawat di unit rawatan rapi neuro dan surgical HUSM
setelah menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian kepala
kelmarin.
Beliau mengadu kepenatan selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco
Kerajaan Kelantan, Rabu lalu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
di Kota Darul Naim, di sini.
1 orang berkata:
smoga mb cepat sembuh
Post a Comment