Polis pandang serius anggotanya peras wang pelajar
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius berhubung
video yang memaparkan tindakan dua anggota polis yang dilihat memeras
wang daripada seorang lelaki yang didakwa sebagai pelajar sekolah.
Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata,
insiden tersebut secara terang-terangan telah mencemar imej dan
kredibiliti pasukan.
“Polis memohon kerjasama mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan
insiden tersebut atau yang mempunyai maklumat untuk tampil di mana-mana
balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
“Kita tidak mengamalkan “Blue Wall Of Silence” dan tak akan sesekali
berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh pegawai atau
anggota,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Video berduarasi dua minit 52 saat telah mula viral di alaman sosial
facebook dan telah menerima pelbagai reaksi dari masyarakat.
1 orang berkata:
Sebab tu masa muda orang tua cukup tegah aku polis. Profesion tidak bermaruah katanya. Begitu juga dgn keluarga mertua cukup melarang anak2 nya berkahwin dgn mereka yg bekerja sebagai polis. Hina sungguh pandangan masyarakat terhadap kerjaya polis sejak dahulu lg, cuma polis yg perasan mcm bagus/best!
Post a Comment