Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH SIASAT

SPRM sudah jalan siasatan kes banglo Guan Eng
Lim Guang Eng
Guan Eng dan Betty menunjukkan rumahnya kepada media selepas menjemput lebih 30 media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menafikan tuduhan kononnya suruhanjaya itu melewat-lewatkan siasatan terhadap isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa di bawah harga pasaran.

Tunku Aziz berkata dakwaan kononnya SPRM tidak menunaikan tugasnya menyiasat Lim berkaitan pembelian itu adalah palsu dan tidak adil.

"Perkara itu (pembelian banglo berkenaan) perlu disiasat secara rapi, prosesnya belum lagi selesai dan memanggil KM (Lim) untuk ditemuduga tanpa siasatan penuh, bukan amalan SPRM," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ditanya berapa lamakah masa yang akan diambil untuk menyiasat pembelian banglo kontroversi itu, Tunku Aziz berkata ia bergantung pada jenis kes.

"Kelewatan berlaku disebabkan jenis kesnya yang sangat kompleks dan ia perlu disiasat secara menyeluruh.

"Kami juga ingin meminta orang ramai supaya tidak mudah membuat kesimpulan bahawa SPRM menyebelahi pihak tertentu," kata Tunku Aziz sambil menjelaskan bahawa sebelum memanggil KM menghadap, perlu ada keterangan untuk mewajarkan kehadiran beliau.

Oleh itu, kata Tunku Aziz, sekiranya orang memahami dengan sewajarnya, mereka tidak akan lagi membuat dakwaan tidak sihat terhadap SPRM.

Sebelum ini, Lim dilaporkan membeli banglo berkenaan di bawah harga pasaran daripada Phang Li Koon, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang membeli tanah Taman Manggis pada 2012 bagi membina sebuah hospital pakar.

Anggota Parlimen Tasik Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menuduh Lim terlibat dengan amalan rasuah dalam pembelian dan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.