Ahli PAC diarah keluar dari bangunan Parlimen
KUALA LUMPUR - Sidang media ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) daripada pembangkang terganggu, selepas Speaker Dewan Negara, Tan
Sri Abu Zahar Ujang mengarahkan mereka keluar dari bangunan Parlimen, di
sini, hari ini.
Abu Zahar ketika berhujah di Dewan Negara menegaskan, mana-mana anggota
Dewan Rakyat tidak dibenarkan mengganggu perjalanan sidang Dewan Negara
yang sedang berjalan pada masa ini.
"Sekarang ini Dewan Negara sedang bersidang, bukan Dewan Rakyat. Jika anda ingin membuat sidang media, sila keluar.
"Saya amat serius dengan perkara ini. Saya mempunyai tanggungjawab
penuh dalam Dewan Negara. Tolong jangan ganggu apabila Dewan Negara
sedang bersidang," katanya di bangunan Parlimen, di sini, har ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang dakwa Hasan sunting laporan PAC]
Terdahulu, sidang media itu yang diketuai Ahli Parlimen Petaling Jaya
Utara, Tony Pua terpaksa berpindah tempat di hadapan pintu masuk
bangunan Parlimen selepas larangan itu dikeluarkan.
Mengulas mengenai kejadian itu, Tony menegaskan, semua anggota Parlimen
mempunyai hak untuk menggunakan setiap kemudahan yang disediakan di
Parlimen.
"Kita hanya tidak dibenarkan untuk pergi ke rumah Senat (Dewan Negara) apabila bersidang.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu berhujah dan membuat keputusan untuk keluar dari bangunan (Parlimen)," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment