Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI BARU TAK BERKESAN


Parti baharu tidak beri kesan kepada BN
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM,Md Shukri Shuib
Md Shukri

SHAH ALAM  - Pakatan baharu lebih besar tidak akan memberi impak besar kepada politik negara sekiranya parti-parti pembangkang di negara ini gagal menyelesaikan perselisihan dan masalah perbezaan dasar perjuangan mereka.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, pakatan mega yang bakal disertai parti baharu di bawah pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berdepan kegagalan seandainya wujud dua blok pembangkang.

“Jika Pas tidak sertai gabungan itu, BN tetap berdepan dua blok pembangkang yang hanya memberi kelebihan kepada mereka.

“Selagi mana Pas dan DAP tidak menyelesaikan perselisihan dasar perjuangan dengan DAP sanggup korbankan sekularisme mereka serta Pas tidak berupaya berubah, kehadiran parti baharu dalam pakatan pembangkang hanyalah pertambahan parti politik baharu di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengambil contoh kejayaan peralihan kepimpinan Turki di bawah Perdana Menterinya  Recep Tayyip Erdogan, Shukri berkata, perkara tersebut perlu di contohi pembangkang sekiranya benar-benar mahu memerintah negara.

“Erdogan bawa wadah baharu, nafas baharu dan legasi baharu yang menjadi alternatif terbaik menggantikan kepimpinan terdahulu. Sebab itu mereka di pilih oleh rakyat Turki,” katanya.

Shukri berpendapat, PKR juga berada dalam dilema mengenai hala tuju perjuangan membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau terikut dengan cara perjuangan Mahathir.

“Bagi saya campur tangan Mahathir dalam pakatan pembangkang ini hanya akan merumitkan lagi keadaan mereka dalam situasi wujud pergelutan antara Otai Reformis dengan pemimpin PKR.

“Begitu juga dengan isu siapa bakal menerajui pakatan pembangkang mega yang bakal ditubuhkan menjadi perkara yang pastinya menimbulkan perselisihan. Jika Mahathir menjadi pemimpin di sebaik tabir, mereka perlu bersedia untuk menerima pengaruh ideologi Mahathirisme” katanya.

 Ditanya, adakah kewujudan parti baharu mampu menghapuskan dominasi majoriti undi Umno di luar bandar berdasarkan kepada pengaruh pemimpin mereka, Md Shukri berpendapat, berdasarkan kaedah dan pendekatan semasa pembangkang di kawasan kampung, mereka hanya boleh mengurangkan margin undi kepada Umno.

“Umno di kawasan luar bandar mempunyai kekuatan lokaliti iaitu servis komuniti parti tidak kira di negeri pimpinan mereka mahupun di negeri pimpinan pembangkang.

“Berbeza dengan pendekatan pembangkang yang mengambil pendekatan membangkitkan isu yang sememangnya mendapat tempat di hati masyarakat bandar tetapi tidak di kawasan luar bandar,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.