Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Parti baru nak padamkan UMNO


Parti baharu Tun M hanya rugikan rakyat
Shahidan
Shahidan

ARAU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti Melayu baharu hanya merugikan rakyat negara ini.

Katanya, Dr Mahathir wajar berfikir dua kali kerana tindakan beliau (menubuhkan parti baharu) yang bertujuan menjatuhkan seorang pemimpin lebih terarah menjatuhkan sebuah parti yang banyak berjasa kepada rakyat.

"Tun kata nak jatuhkan pemimpin tetapi tindakan beliau dilihat 'di luar kebiasaan' kerana keputusan tersebut bukan sahaja hendak melanggar Umno, malah mengheret sama rakyat pelbagai kaum.


"Biasanya penduduk pelbagai kaum disatukan atas dasar kasih sayang, bukan dengan kebencian," ulas Shahidan mengenai cadangan penubuhan parti baharu yang menggabungkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu.

Beliau ditemui pada program SEA-TVET 2016, iaitu pertukaran pelajar Kolej Vokasional (KV) Kedah/Perlis dan wilayah-wilayah Selatan Thai membabitkan Satun, Pattani dan Yala.  

Sebanyak 97 pelajar dari tiga wilayah yang menyertai program itu ditempatkan di dua KV di Perlis dan enam KV di Kedah selama dua minggu untuk bertukar-tukar kemahiran dalam usaha mengantarabangsakan program vokasional.

Di PUTRAJAYA, Menteri Sumber Asli, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, memang tiada halangan untuk sesiapa sahaja menubuhkan parti baharu sejajar dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Ahli Parlimen Santubong, Sarawak dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, bagaimanapun parti baharu itu perlu mempunyai visi yang jelas dan ada kapasiti serta stabil untuk terus wujud.

"Semasa berkhidmat sebagai timbalan menteri di Kementerian Dalam Negeri, saya melihat banyak senarai permohonan penubuhan parti politik baharu di seluruh Malaysia.   

"Saya memberitahu kepada Menteri (Dalam Negeri) Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bahawa penubuhan parti baharu ini macam kedai kopi..dia boleh buka hari ini, dia boleh tutup hari lain kalau tiada pelanggan," katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas majlis tanda tangan pembelian mesin kitar semua untuk buangan elektrik dan elektronik dari isu rumah dan perolehan semula klorofluorokarbon (CFC) oleh Shan Poornam Metals Sdn Bhd  bersama dengan syarikat dari Jerman, ANDRITZ MeWa GmBH di sini hari ini.

"Jika mereka tidak boleh berjaya, parti itu akan mati dengan sendirinya. Tidak kurang daripada 70 parti baharu yang ditubuhkan sejak era 1960-an, dan kesemuanya sudah berkubur," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.