Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BARAT MUNGKIN BERSUBAHAT ?


Situasi kembali terkawal
Situasi kembali terkawal
Perhimpunan secara aman diadakan untuk meraikan kegagalan rampasan kuasa di Dataran Taksim di Istanbul, kelmarin. - Foto AFP

ANKARA - Puluhan ribu penduduk Turki membanjiri laluan utama di negara itu sebagai meraikan kegagalan rampasan kuasa oleh tentera yang meragut sekurang-kurangnya 265 nyawa.

Kelmarin, kumpulan penunjuk perasaan itu turut berarak secara aman ke Dataran Taksim di Istanbul sambil mengibarkan bendera kebangsaan dan membunyikan hon kenderaan masing-masing.

Beberapa individu turut memanjat tugu peringatan di tengah dataran itu yang didirikan sempena memperingati penubuhan Republik Turki.

Kebanyakan daripada ahli kumpulan demonstrasi itu berterusan menzahirkan sokongan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sambil melaungkan nama beliau dan membawa potretnya bersama mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 2,800 anggota tentera diberkas selepas Erdogan berikrar untuk menghapuskan pengkomplot.

Ankara dilaporkan telah menahan pegawai kanan tentera udara dan beberapa lagi yang didakwa terlibat dalam cubaan rampasan kuasa di pangkalan tentera utama yang digunakan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk operasi ketenteraan di Syria.

Akhbar tempatan termasuk Hurriyet Daily melaporkan, Brigadier Jeneral, Bekir Ercan Van diberkas bersama lebih 12 anggota lain di Pangkalan Tentera Udara Incirlik di wilayah selatan Adana.

Sumber pihak berkuasa memaklumkan, Turki mengesyaki pangkalan udara itu telah digunakan untuk mengisi minyak pesawat dalam cubaan rampasan kuasa, malam Jumaat lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri, Binali Yildirim dalam satu kenyataan menerusi stesen TV tempatan mengisytiharkan situasi di negara itu kini kembali terkawal.

"Kami akan terus memburu saki baki pengkomplot yang cuba menggulingkan kerajaan. Dalam pada masa yang sama, insiden menggemparkan ini menunjukkan tanda perpaduan dalam kalangan rakyat yang turut sama menghalang cubaan memecahbelahkan negara ini," jelasnya.   

Difahamkan, pihak berkuasa juga telah melancarkan operasi besar-besaran menyasarkan badan kehakiman mempunyai kaitan dengan ulama Fethullah Gulen yang dituduh sebagai dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa tersebut.

Di bawah operasi itu, kira-kira 2,745 hakim dan pendakwa raya dilucutkan jawatan serta diberkas.

Dalam satu kenyataan, Erdogan turut menuntut Amerika Syarikat (AS) menghantar pulang Gulen dari negara itu, namun permintaan itu ditolak oleh Setiausaha Negara, John Kerry yang menggesa Turki supaya menghormati proses siasatan. - Agensi

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.