Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dah agak dah sekular mula marah Turki


Propaganda burukkan imej Turki
Propaganda burukkan imej Turki
Beberapa tweet yang dimuat naik media Barat ketika insiden cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki pada malam Jumaat lalu.

SHAH ALAM - Beberapa media Barat didakwa memutarbelitkan fakta ketika membuat laporan mengenai cubaan rampasan kuasa di Turki hingga mencetuskan persoalan banyak pihak terhadap kredibiliti mereka sebagai akhbar tersohor.

Ia menunjukkan kebanyakan daripadanya turut terlibat dalam propaganda bertujuan untuk memburukkan imej Turki dan pemimpinnya yang dihimpit satu demi satu kontroversi.

Akhbar The Independent menerusi laporannya seakan berat sebelah dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Mereka menggunakan tanda petikan pada perkataan treason (pengkhianatan) berikutan keraguan sama ada tindakan rampasan kuasa keatas kerajaan awam di Turki itu adalah satu bentuk jenayah atau tidak.

Selain itu, akhbar The Telegraph terlalu awal meminta respons pakar dan cuba untuk menyokong tindakan rampasan kuasa itu selain menggelar mereka sebagai 'penjaga Perlembagaan sekular Turki' dan tidak melihat kumpulan itu sebagai pengkhianat negara.

Sementara itu, akhbar The New York Times menyifatkan cubaan rampasan kuasa itu adalah masa yang sesuai untuk memberi peringatan kepada sesiapa yang taksub dengan Erdogan sebagai pemimpin autoritarian.

The Times of Malta pula bertindak lebih pantas berbanding penerbitan lain dengan mula memuat naik tweet berdasarkan kenyataan sumber Kesatuan Eropah (EU) yang memaklumkan rampasan kuasa itu mungkin akan berjaya.

Menerusi laporan The Daily Beast, ia menyatakan Erdogan telah memohon suaka di dua negara Eropah walaupun ketika tweet itu dimuat naik, pemimpin itu telah selamat mendarat di Istanbul.

VOX juga telah membuat rumusan sendiri yang jelas berat sebelah dengan mengeluarkan tajuk berita Erdogan is clearly threat to Turkish democracy and secularism (Erdogan adalah ancaman jelas kepada demokrasi dan sekularisme di Turki).  - muslimmatters.org

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.