31/05/14
Penganalisis setuju DAP akan takluk Teluk Intan
Kempen untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berakhir malam tadi, dan
ketika pengundi mula mengundi pagi ini, para penganalisa politik
menjangka DAP dan muka baharu Dyana Sofya Mohd Daud nampaknya akan
menang.
Persaingan memenangi kerusi bandar ini sangat sengit dan penuh dengan
dakwaan kempen kotor di kedua-dua pihak yang bertanding termasuk
penghinaan kaum dan kenyataan seksis.
Tetapi bagaimana dan mengapa kemenangan parti itu adalah faktor yang
lebih penting, dan boleh menentukan masa depan politik Malaysia,rofesor
James Chin dari Universiti Monash berkata, sementara DAP akan "pasti"
menang, apa yang penting sekrang adalah adakah tindakan meletak calon
profesional muda berbangsa Melayu menyebabkan mereka memberi kesan besar
di kalangan pengundi Melayu.
"Perkara yang paling penting ialah bentuk pengundian orang Melayu. Jika
ia menunjukkan majoriti undi pergi kepada Dyana, ia bermakna DAP boleh
menjenamakan semula dirinya sebagai parti yang inklusif.
"Pada masa ini , mereka mempunyai imej parti Cina, dan mereka perlu
mendekati orang Melayu jika mahu mendapat sokongan politik yang lebih
besar," kata Chin.
Beliau berkata, jika DAP berjaya menguasai undi Melayu di Teluk Intan,
ini bermakna parti itu akhirnya berjaya memecahkan acuan untuk menjadi
ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum
akan datang.
Tetapi Ibrahim Suffian, ketua pusat kajian Merdeka Centre, berkata undi Melayu masih menjadi cabaran bagi DAP.
“DAP perlu bekerja lebih keras untuk mendapat sokongan pengundi Melayu
kerana sebagian besar mereka disokong calon PAS di peringkat DUN, tetapi
memilih calon BN pada 2013," katanya.
Katanya, ia masih menjadi satu cabaran yang besar bagi Presiden Gerakan,
Datuk Mah Siew Keong untuk memenangi pilihan raya kecil itu kerana
walaupun Gerakan disukai di kalangan pengundi tetapi BN tidak.
Penganalisis politik, Khoo Kay Peng bersetuju dengannya dan berkata
kempen Umno dua minggu lalu menyebabkan ahli akar umbi Gerakan tidak
berpuas hati.
Sehubungan itu, katanya, apa yang bahaya bagi BN ialah, jika BN kalah ia
menyebakan komponen BN akan pecah, meninggalkan Umno semata-mata untuk
memikul 'dacing' pada pilihan raya umum akan datang.
"Di Teluk Intan, keberanian kempen Umno menjadikan Gerakan lebih teruk. Akar umbi Gerakan juga merungut.
"Semua parti komponen lain memenangi kerusi yang sangat sedikit dalam
pilihan raya tahun lalu dan mereka akan menang semakin sedikit jika
mereka tetap dengan BN dalam pilihan raya akan datang," kata Khoo.
Katanya, selepas kalah dalam pilihan raya kecil Kajang dan Bukit
Gelugor, kehilangan satu lagi kerusi untuk BN akan menyebabkan mereka
lebih teruk pada pilihan raya umum akan datang.
"Mungkin ada penurunan lagi, jika mereka membenarkan kekecewaan mereka
untuk menjadi punca permusuhan. Saya tidak melihat perubahan nasib BN
dan mereka sudah mempunyai banyak kerusi yang goyah.
"Pada pilihan raya umum akan datang, mereka mungkin kehilangan
Terengganu, mereka mungkin kehilangan Perak. Lebih banyak kerusi di
Johor, Sabah dan Sarawak, di mana BN hilang beberapa kerusi utama pada
tahun lalu," katanya.
Bagaimanapun, katanya, kesan yang paling besar akan berlaku kepada
Gerakan, kerana seluruh kepimpinannya akan menjadi tidak stabil jika
presiden mereka gagal memenangi kerusi itu.
"Teluk Intan sepatutnya menjadi tempat duduk yang terbaik untuk beliau
menang. Beliau berkhidmat sebagai ahli Parlimen di sana selama dua
penggal, beliau adalah orang tempatan. Jadi, jika dia tidak menang ini,
maka bagaimana dengan calon yang lain daripada Gerakan,” katanya.
Mah memenangi kerusi Teluk Intan dua kali iaitu pada pilihan raya umum
1999 dan 2004, tetapi kalah kepada calon DAP, M Manogaran dan Seah Leong
Peng pada 2008 dan 2013.
DAP meletak Dyana, yang masih baru dalam politik, dalam usaha mengubah
imej Cina, selepas ia memenangi hanya 25% daripada 23, 391 undi Melayu
pada pilihan raya tahun lalu.
Kerusi ini mempunyai 23, 301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).- TMI
0 orang berkata:
Post a Comment