SPR terima dua laporan provokasi
TELUK INTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima dua
laporan berhubung kes provokasi yang berlaku pada proses PRK Parlimen
Teluk Intan, pagi tadi.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dua insiden berkenaan berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia dan SK Dato Laksamana Raja Mahkota, di sini.
Bagaimanapun menurutnya, insiden itu hanya membabitkan pertengkaran kecil tanpa sebarang kecederaan.
“Tiada serangan fizikal dilakukan, mereka hanya berdiri dan mengeluarkan kata-kata. Provokasi itu pun berlaku kerana kedudukan penyokong yang terlalu hampir antara satu pihak dengan pihak lain.
“Bila provokasi dimulakan satu pihak, ia akan dibalas oleh satu pihak lain pula.
"Kita berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang sampai dengan cepat untuk kawal keadaan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pusta Media PRK Parlimen Teluk Intan, di sini, sebentar tadi.
Beliau memaklumkan, secara keseluruhan, perjalanan pemilihan setakat ini berjalan dengan baik.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 24,050 atau 40.13 peratus pengundi Teluk Intan sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di semua 35 pusat mengundi.
Katanya lagi, jumlah itu menunjukkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.
Abdul Aziz berkata, dalam tinjauan yang dilakukan di beberapa pusat mengundi menunjukkan, 150 hingga 200 warga emas telah keluar sebagai pemilih.
Namun katanya, keadaan itu berbeza bagi saluran undi orang muda.
“Saluran yang mewakili orang muda agak perlahan, mungkin mereka bangun lambat atau menunggu waktu petang, tapi ini situasi biasa dalam mana-mana pilihan raya pun.
"Kita harap semua pemilih dapat mengambil kesempatan cuaca baik untuk keluar mengundi hari ini,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment