Jumaat, 30 Mei 2014
PRK Teluk Intan: Lelaki tumbuk dua petugas wanita DAP
Leong Pooi Wan dan Bavani Veraiah mendakwa kejadian itu berlaku
selepas mereka didatangi lelaki itu yang mereka kenalpasti sebagai seorang ahli MIC tempatan pada sekitar jam 3 petang beserta dua lagi lelaki lain di simpang tiga Jalan Sekolah.
Menurut Bavani, lelaki berkenaan pada mulanya menghamburkan kata-kata kesat dalam bahasa Tamil terhadapnya.
Menyedari tindakannya dirakam Pooi Wan menggunakan telefon, lelaki itu menampar telefon yang dipegangnya sehingga ia terkena muka Pooi Wan dan telefon itu retak apabila jatuh ke atas jalan raya.
Selepas itu, Bavani pula ditumbuk di bahagian pipi kirinya apabila dia cuba menghubungi rakan-rakannya lain dari DAP untuk mendapat bantuan.
Mereka berdua membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Hilir Perak pada jam 4.16 petang dan juga merakamkan video pendek mengenai kejadian itu sebelum Leong ditampar.
Lelaki dalam rakaman itu kemudian dicam seorang anggota DAP tempatan yang turut hadir pada sidang media tadi sebagai seorang ahli MIC.
0 orang berkata:
Post a Comment