Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 31 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Tajuddin penghasut Pemuda Umno jadi agresif, dakwa Teresa Kok


Penyokong Barisan Nasional menjerit slogan di luar pusat mengundi SK Kampung Bahagia, Teluk Intan petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.Penyokong Barisan Nasional menjerit slogan di luar pusat mengundi SK Kampung Bahagia, Teluk Intan petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.
DAP hari ini percaya tindak-tanduk Pemuda Umno yang berkempen secara liar di Kampung Bahagia, Teluk Intan semuanya didalangi oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Naib Presiden DAP Teresa Kok berkata pemuda kedua-dua parti sebenarnya boleh duduk bersama tetapi atas hasutan itu, kata-kata kesat saling dilemparkan.

"Saya rasa ini dihasut Pasir Salak. Timbalan menteri. Lelaki enam juta ringgit. Kita boleh bersama tanpa ada pergaduhan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, keadaan yang tenang pada 3 petang di Kampung Bahagia kembali tegang apabila Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengadakan lawatan ke kawasan itu.

Pemuda Umno melemparkan kata-kata kesat kepada Lim namun Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak berkecil hati dan mengalu-alukan sorakan itu.

"Saya percaya majoriti pemimpin Umno tidak berfikiran macam ini. Ini tidak akan memberi imej baik kepada orang Melayu malah Umno sendiri.

"Jika pucuk pimpinan tahu, saya rasa mereka pun malu. Tapi nampaknya mereka hilang kawalan kerana Tajuddin ada di sini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Lim berkata ridak hairanlah jika Umno berdepan dengan keruntuhan moral jika sayap pemudanya bertindak liar sedemikian.

"Kami ada standard bukan macam Tajuddin. Sebab itu Umno hadapi masalah keruntuhan moral dan etika politik," katanya.

Mengulas mengenai peluang DAP memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan petang ini, Lim berkata peluang agak tipis jika peratusan keluar mengundi masih rendah.

"Saya masih ragu kalau calon DAP mahu menang. Kita perlu peratusan yang tinggi. Kalau trend macam ini mungkin keluar mengundi hanya 70%.

"Kalau lebih 80%, kita lebih selamat untuk menang," katanya.
Kok berkata berdasarkan peratusan keluar mengundi semasa, peluang DAP dan calon lawan adalah 50-50.

"Saya percaya dari reaksi yang saya lihat daripada pengundi selama beberapa hari ni, ada pertambahan undi Melayu khususnya orang muda," katanya kepada The Malaysian Insider.
Setakat 4 petang hari ini, 63.67% or 38,158 keluar mengundi di PRK Teluk Intan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.