Thursday, May 29, 2014
Soalan Ridhuan Satu Soalan Bodoh!
Kepada Ridhuan Tee – Yap Boon Kah
mk - MAY 28, 2014
mk - MAY 28, 2014
Dr Ridhuan Tee
Pensyarah di
Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee bertanya semua 'ultra
kiasu' siapa yang mereka akan sokong jika Lin Dan bermain dengan Misbun?
Saya rasa sangat sedih dengan soalan ini.
Saya ialah
rakyat Malaysia generasi ketiga. Saya berumur 45 tahun. Datuk saya
berhijrah ke Malaysia pada 1923, ketika berumur 19. Dia mati di sini
pada 1982, dia tidak pernah fikir hendak balik ke China, dia fasih
berbahasa Melayu, senang bergaul dengan Melayu dan India. Dia tidak
bencikan orang Melayu atau India, sungguhpun daripada segi agama,
budaya, kita semua sangat berbeza.
Ayah saya
meninggal bulan lalu pada umur 86 tahun. Kalau soalan ini ditanya kepada
datuk dan ayah saya hari ini, siapa mereka sokong, saya rasa mereka
akan sokong Misbun, sebab mereka tidak kenal Lin Dan, dan Misbun bermain
untuk Malaysia.
Jangan mensyaki
kesetiaan orang Cina kepada Malaysia, kami marah bila orang suruh kami
balik China. Kami sudah memotong tali perhubungan dengan China, kami
hanya lawat sebagai pelancong, bukan sebagai bekas warganegara.Datuk
saya tidak setia kepada negara China. Dia hanya setia kepada budaya
Cina, kepercayaan Cina, tradisi Cina dan kepada ahli keluarganya yang
ramai. Dia berhijrah ke Malaya tanpa duit dan pelajaran, untuk mencari
hidup yang lebih baik.
Bagi saya,
soalan Ridhuan satu soalan bodoh. Saya rasa tiada rakyat Malaysia yang
tidak sayangkan negara. Adakah Datuk Lee Chong Wei akan biarkan Lin Dan
menang dalam pertarungan Piala Thomas? Supaya negara China boleh dapat
piala? Bukankah semua pemain Piala Thomas 2014 orang Cina? Tidakkah
mereka bermain bermati-matian untuk negara? Adakah ketua pelatih Rashid
Sidek meragui kesetiaan pemain Malaysia?
Orang Cina di
Malaysia yang berupaya untuk berhijrah ke negara barat berbuat demikian
untuk masa depan anak mereka, peluang pendidikan yang lebih cerah. Semua
rakyat Cina setia kepada negara. Mereka merungut kerana tidak diberi
peluang pelajaran dan perniagaan yang sekata. Jika mereka melihat Misbun
dan Lin Dan bermain di kaca TV sama ada di Melbourne atau London atau
New York, ultra kiasu akan sokong Misbun.
Saya tidak
faham kenapa Ridhuan bencikan bangsanya sendiri. Siapa antara ahli
keluarga dan kawan-kawan Cinanya dahulu yang ultra kiasu, tidak setia
kepada negara, tamak, mempergunakan rakan Melayu mereka, menghina Islam,
tidak membayar cukai dengan jujur.
Tentu ada sebab
kenapa imej orang Cina begitu buruk dalam matanya. Pada saya, saya
bangga sebagai orang Malaysia berketurunan Cina. Saya tidak melihat
seseorang itu sebagai orang Melayu atau Cina dahulu. Sebelum seseorang
mampu menjadi orang Islam atau Kristian atau Hindu yang baik, mereka
harus menjadi manusia yang baik dahulu.
Tolonglah orang
yang miskin, bantu orang sakit, jangan mencuri, jangan merompak, jangan
merosakkan harta benda awam, jangan biadap, jangan melukakan hati orang
lain. Tidak perlu lihat orang yang kita tolong itu Cina, Melayu atau
India.
Semua bangsa sama, ada orang yang baik ada buruk dalam semua bangsa. Tiada bangsa yang sempurna dalam dunia ini.
Sungguhpun
Ridhuan sekarang beragama Islam dan mahu mengaku dirinya Melayu, itu
yang saya boleh lihat daripada penulisan dan percakapannya. Tetapi
faktanya dia Cina beragama Islam. Orang ini dengan kebenciannya terhadap
bukan Islam hanya satu watak yang dia sedang main. Sebab dia tidak akan
berkelakuan begitu jika tiada kelebihan untuk dia berlagak sebagai
Melayu. Sanggupkah Ridhuan dapat kerja di mana-mana jika dipecat
daripada Universiti Pertahanan.
Apakah
pencapaian dia sebagai pensyarah? Siapa yang pernah kagum dengan daya
intelek dia? Pamerkan kerja dia di universiti, bagaimana boleh dapat PhD
sedangkan Bahasa Inggeris dia teruk dan Bahasa Melayu dia pun hanya
mampu perkataan yang kesat dan tidak halus.
Siapa yang
semak tesis dia? Ridhuan ini umpama seekor kelawar yang mahu mengaku
dirinya burung, sebab ada kepak dan pandai terbang. Tetapi lupa yang dia
badan berbulu macam tikus, bukan macam bulu burung dan ada tetek untuk
menyusukan anak, tidak mampu bertelur seperti burung. Surat ini sengaja
ditulis dalam bahasa yang kasar supaya Ridhuan boleh baca, faham dan
ingat. – 28 Mei, 2014.
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.
3 orang berkata:
Saudara Yap dan para komentar,
Perpatah ada menyatakan " lebih senduk drp kuah..."
Pendapat 2 sen saya, setiap manusia patut berbangga ttg asal usul msg2, tak perlu ingin menjadi "ultra kiasu:" hanya utk menjadi atau mandapat status Datuk bila Si Ah Wan aka RidhuanTEE ini menyalak sbg melayu.
Tlg bangga siapa kita. Ugama hak masing2 tapi Ridhuan, asal usul juga penring dlm jati diri...
Bangsa terpulang pd masing2, tapi ingat negara mana kita tinggal, negara itulah kita daulatkan. Kalau tinggal dimalaysia tapi mendaulatkan negara china, maka jwp yg paling sesuai ialah boleh blahhh....
Anon 12:36... Sangat setuju dgn anda. Kalau mengaku rakyat yg baik tak perlu memekak minta sekolah bangsa sendiri! Belajar la bersama semua bangsa. Ini tidak... baik yg muda maupun tua... cakap bahasa malaysia pun tunggang-langgang! Dah tu melalak setia pada negara! Lu fikir la sendiri. Setia bukan sahaja di mulut, tp juga hati-perut!!!
Post a Comment