Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hadi beri reaksi positif
  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Keadaan kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikejarkan ke hospital Istanbul semalam dilaporkan semakin pulih selepas diberi rawatan oleh doktor pakar.

Memetik kenyataan ringkas Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar melalui aplikasi WhatsApps sebentar tadi, beliau memberitahu paru-paru Abdul Hadi memberi respon positif setelah diberikan ubat.

"Kira-kira jam 2.30 petang tadi (waktu Malaysia) paru-paru beliau memberi respon yang sangat positif terhadap ubat yang diberikan.

"Alhamdulillah, saya masih di hospital dan menunggu sebarang perkembangan daripada doktor," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di Istanbul.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya.

Abdul Hadi dilaporkan berangkat ke Istanbul, pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.