Peratus keluar mengundi mengecewakan
TELUK INTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa apabila jumlah
pengundi yang keluar mengundi tidak mencapai peratusan yang disasarkan
iaitu 70 peratus.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, hanya 40,236 pengundi bersamaan 66.67 peratus menunaikan kewajipan pada hari ini.
Menurutnya, peratus keluar mengundi pada kali ini adalah kedua terendah selepas PRK Bukit Gelugor baru-baru ini.
"Kami tidak tahu kenapa jumlah pengundi yang keluar pada hari ini rendah sedangkan cuaca amat baik sehingga jam 5 petang tadi.
"Malah, keadaan lalu lintas dan ketenteraman sekitar Teluk Intan berada dalam keadaan terkawal," katanya pada sidang media di Pusat Penjumlahan Undi PRK Parlimen Teluk Intan di SMK Abdul Rahman Talib, di sini, tadi.

0 orang berkata:
Post a Comment