30/05/14
Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi dikejarkan ke hospital
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital
Istanbul, sebentar tadi.
Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas,
Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau
telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.
"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.
"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.
"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment