Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Skandal pinjaman RM32 juta tanpa faedah, Bank Negara perlu siasat!

KUALA LUMPUR 28 MEI: Sikap Bank Negara yang membisu terhadap skandal pinjaman RM32 juta Bank Rakyat memperlihatkan kurangnya komitmen Perdana Menteri terhadap prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti yang amat diperlukan demi membentuk sistem kewangan yang baik.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mempersoal kredibiliti dan integriti Bank Negara dalam memastikan sistem kewangan yang baik dan boleh dipercayai apabila pinjaman diberikan semata-mata atas dasar naungan politik dan pemberian wang.

Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dalam satu wawancara baru-baru ini mendedahkan keengganan seorang menteri untuk menandatangani surat melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Bank Rakyat kerana keengganannya bersetuju dengan skim pembayaran semula pinjaman RM32 juta tanpa faedah oleh seorang peniaga yang mempunyai hubungan dengan tokoh politik berpengaruh.

Sambil menyifatkan tindakan menteri tersebut sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan berunsur korupsi, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Bank Negara sewajarnya melancarkan siasatan penuh bagi mempertahankan kredibiliti dan integritinya sebagai pengawal selia profesional kepentingan awam, dan bukannya kepentingan peribadi dan politik kroni serta pemimpin BN.

“Bank Negara juga harus jujur dan memperhitungkan kesemua perjanjian mudah dan pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai kedudukan kewangan yang meragukan.

“Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan bahawa pemimpin BN menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai tetapi demi faedah kroni,” tegasnya dalam kenyataan.

Sabbaruddin seperti dilaporkan The Malaysian Insider mendakwa, Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada awalnya menolak tawaran pembayaran semula tanpa faedah bagi tempoh 10 tahun terhadap pinjaman bernilai RM32 juta kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Bagaimanapun pembayaran semula melalui 120 cek tunda itu terpaksa diterima pengurusan Bank Rakyat berikutan campurtangan politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hasan Malek.

Sabbaruddin berkata, tempoh pembayaran semula 10 tahun tanpa dikenakan faedah itu akan mengakibatkan Bank Rakyat mengalami kerugian.

“Adakah pilihan pembayaran semula tanpa faedah ini turut tersedia untuk rakyat biasa yang meminjam dari bank?

“Adakah Hasan Malek akan melakukan campurtangan politik bagi pihak peminjam biasa untuk membenarkan pembayaran semula tanpa faedah dalam tempoh sepuluh tahun?” soal Guan Eng.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61747

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.