Saturday, May 31, 2014
DAP kalah di Teluk Intan
TERKINI
Perkiraan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh pihak DAP, parti itu yang menurunkan calon Melayu Dyana Sofya, 27 kalah ditangan presiden Gerakan Mah Siew Keong dengan kekurangan undi sekitar 300 undi. Dyana mengutik undi sebanyak 19,919 undi atau kira-kira 49.0% manakala Mah Siew Keong mengumpul sebanyak 20,157 atau kira-kira 49.6% undi.
Sebanyak 40,626 undi yang keluar sekitar 65.5%. Berbanding dengan peratus keluar mengundi pilihan raya lalu sebanyak 80. 60% kira-kira 16% pengundi tidak keluar mengundi.
Kekalahan DAP sesuatu yang upset kerana sebelum ini Dyana Sofya yang dilihat mendapat sokongan padu dari kalangan generasi muda. Apa yang saya sebut dalam analisa awal mungkin ada kebenaran apabila melihat kekalahan DAP ini.
Sudah dijangkakan sekiranya peratus pengundian rendah ia memberi masalah kepada DAP, kerana yang tidak akan keluar mengundi adalah orang Melayu khasnya dari saluran 1 dan 2.
Sikap sesetengah jentera pilihan raya Pas Perak yang tidak bergerak aktif memberi indikasi bahawa Pas tidak menggerakkan penyokong mereka keluar mengundi. Hal ini pasti akan diambil kira oleh DAP ketika membuat postmortem kelak. Kelemahan jentera Pas Perak ini telah disebut oleh pimpinan tinggi Pas.
Apakah faktor pengundi Melayu yang tidak turun itu disebabkan isu hudud? Semua pihak akan membuat kajian. Saya teringat sebelum hari penamaan calon akan kebimbangan disuarakan Husam Musa mengenai pilihan raya Teluk Intan.
Kemenangan calon Gerakan itu sudah tentu akan menggembirakan BN dan Mah Siew Keong akan pasti dilantik menjadi menteri. Ada juga risikonya hubhungan Pas dengan DAP mungkin bermasalah sekiranya bedah siasat dibuat tadi menjelaskan kekalahan itu antara faktornya kerana Pas. [wm.kl.8:19 pm 31/05/14]

Posted by
mso
0 orang berkata:
Post a Comment