Calon PRK Teluk Intan sembah takziah
TELUK INTAN - Dua calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK)
Parlimen Teluk Intan menyampaikan sembah takziah atas kemangkatan Sultan
Perak Sultan Azlan Shah hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong yang meluahkan
kesedihannya berkata baginda merupakan seorang sultan yang baik dan
mengambil berat kebajikan rakyat jelata serta banyak menyumbang dalam
pelbagai aspek.
"Baginda akan dikenang bukan sahaja oleh rakyat Perak tetapi juga seluruh negara," katanya kepada Bernama, di sini.
Siew Keong berkata BN akan mengurangkan aktiviti berkempen sebagai menghormati kemangkatan Sultan Perak itu.
Sementara itu calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud membatalkan program yang
dirancang sepanjang petang hingga malam ini termasuk beberapa ceramah
yang dijadualkan bermula 8 malam, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.
Bagaimanapun katanya DAP tetap meneruskan jamuan makan malam untuk
mengutip derma yang dijadualkan pada pukul 7.30 malam ini, tanpa
mengadakan ceramah.
Dyana Sofya pula merakamkan sembah takziah menerusi media sosial WhatsAppnya.
"Patik sekalian ingin menyatakan rasa dukacita dan sedih atas pemergian Paduka Seri (Sultan Azlan Shah) yang menjadi lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat Perak Darul Ridzuan," katanya. - Bernama
"Patik sekalian ingin menyatakan rasa dukacita dan sedih atas pemergian Paduka Seri (Sultan Azlan Shah) yang menjadi lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat Perak Darul Ridzuan," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment