30/05/14
Abby Abadi Dedah Punca Penceraian
Pelakon Abby Abadi akui umur bekas suaminya, Farhanyang jauh lebih muda daripadanya adalah antara faktor perpecahan rumahtangga mereka. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 tahun membuat permohonan pengesahan lafaz cerai sebagai plaintif terhadap Noor Farhan Che Bakar 24 tahun sebagai defendan. Kes dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jam 9.30 pagi tadi.
Dari Dalam Dewan Perbicaraan
Kes yang dibicarakan oleh Tuan Hakim
Shaiful Azli Bin Jamaludin itu diadakan kerana Farhan telah menghantar
sistem pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei 2014 jam sekitar 10:25 pagi.
Abby ketika itu sedang berada di dalam kereta.
“Aku ceraikan kau” adalah mesej yang
dihantar Farhan, diikuti rantaian berbalas mesej antara mereka berdua.
Dibicarakan juga di mahkamah adalah mesej kedua Farhan, “Mulai hari ini
kau dah tidak ada apa-apa hubungan dengan aku”.
Di dalam perbicaraan mahkamah telah
berlaku perselisihan faham di antara mereka pada malam sebelumnya. Hal
itu berlarutan kerana menurut Abby, Farhan tidak pulang ke rumah untuk
menyelesaikan masalah mereka. Bila ditanyakan tentang detail-detail
perselisihan faham yang dimaksudkan, Abby bagaimanapun enggan mengulas
lanjut.
“Tidak apa lah, saya rasa itu tidak ada
kepentingan untuk orang lain tahu,” ujar Abby yang hadir ke mahkamah
dengan anak perempuannya.
“Saya cuba untuk betulkan keadaan apa
lah daya saya kalau dah takdir berakhir begini. Saya mengharapkan doa
dari orang lain sebab saya tahu bukan saya seorang sahaja yang sayangkan
hubungan ini,” kata Abby lagi.
Ketika menghantar lafaz talak di antara
mereka, Farhan mengesahkan yang dia berada dalam keadaan waras dan
mereka masih lagi tinggal berasingan sejak insiden itu.
“Tiba-tiba sahaja dia berubah. Sejak
kejadian berselisih faham itu, dia hilang. Ikutkan dalam masa 3 minggu
tidak berjumpa ini tidak balik lagi. Sekejap okay sekejap tidak okay di
dalam mesej,”jelas Abby.
Lafaz Talak Terdahulu
Mahkamah bagaimanapun tidak dapat
mengesahkan keputusan atas dasar pemfailan tidak lengkap. Ini kerana
masih ada lafaz talak terdahulu dari Farhan yang tidak difail dan
disahkan mahkamah. Menurut Abby, lafaz talak sebelum ini adalah dalam
bentuk perbualan mulut ke mulut.
Menurut Abby, Farhan telah memberitahu
rakannya yang status dia dan Abby sudah pun bercerai. Abby kemudian
telah mendapat tahu hal tersebut dari rakan yang sama.
“Sebenarnya dia bercerita dengan kawan
(yang mereka telah bercerai), kemudian saya rujuk dengan ayah saudaranya
yang juga Imam masjid dan dia kata (perbuatan itu) jatuh (talak). Saya
juga kurang pasti kerana saya pun tidak arif tentang perkara ini”
Mahkamah menangguh dahulu keputusan
sehingga lafaz talak yang pertama itu difailkan dan disahkan supaya
tahap jatuh talak boleh ditentukan. Tarikh perbicaraan yang baru adalah
pada 11 Jun 2013, 11 pagi.
Punca Penceraian
Menurut Abby, jarak umur yang jauh dan
respon kurang matang oleh Farhan adalah antara sebab keruntuhan
rumahtangga mereka. Selain itu Farhan juga tidak pulang ke rumah selama 3
minggu selepas perselisihan itu untuk memperbaiki hubungan mereka.
“Dia terlalu muda untuk diletakkan
bersama saya, itu yang saya rasa. Pada saya ketika saya berusia semuda
dia, banyak perkara lagi yang saya tak faham. Saya juga nampak lelaki ni
lambat matang kan?”
Abby bagaimanapun tidak mahu hubungan
mereka berakhir dan menyerahkan pada kuasa Allah. Dia juga menyifatkan
hubungan mereka di tahap yang sukar kerana tiada usaha dari Farhan. Dia
juga sedar, kemungkinan bercinta selepas berkahwin adalah juga salah
satu punca keretakan rumahtangga mereka.
“Saya sayang sangat dengan dia, tapi
saya tak nampak jalannya. Jadi pada siapa-siapa di luar sana yang sudah
berkahwin dan kalau bergaduh jangan lah berpisah,” kata Abby kepada
wartawan.
“Saya tidak tahu pendirian dia. Kami
kenal pun selepas kahwinkan? Jadi dalam masa 10 bulan perkahwinan itu,
masih banyak lagi yang saya tidak tahu tentang dia. Begitu juga dia yang
tak faham dengan saya. Kalaulah ditakdirkan tidak ada jodoh lagi saya
pun saya pun tidak mahu bebankan hidup dia.
“Kalau boleh kalau berlaku pada orang
lain, janganlah tinggal begitu sahaja. Sebab saya rasa sedikit
teraniaya. Saya akan terus berusaha semampunya. Saya pun tidak pasti apa
yang saya boleh buat selepas ini. Kalau nampak dia dah terlalu tidak
mahu saya pun tidak mahu memaksa,” katanya.
Farhan bagaimanapun tidak memberi
sebarang komen kepada wartawan. Mereka berkahwin pada 9 Julai 2013 di
Selatan Thailand yang kemudian disahkan di Kelantan, lapor Murai. - BM
0 orang berkata:
Post a Comment