Keputusan PRK seawal 9 malam
TELUK INTAN – Keputusan pengundian bagi PRK Parlimen Parlimen Teluk Intan dijangka dapat diterima seawal jam 9 malam ini.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Ahmad Adli Abdullah berkata, keputusan awal boleh diperoleh sekiranya proses membawa peti undi ke pusat penjumlahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, di sini, berjalan lancar.
Menurutnya, sebanyak 464 botol dakwat kekal disediakan untuk pengundian dan dijangkakan proses pengundian berjalan lancar dengan menyasarkan 80 peratus pengundi menunaikan tanggungjawabnya.
“Seramai 59,927 yang layak mengundi esok (hari ini), diharap semuanya dapat keluar awal mulai jam 8 pagi supaya proses berjalan lancar dengan membawa MyKad dan diingatkan untuk tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang parti.
“Kesemua pusat mengundi akan tamat pada jam 5 petang kecuali pusat mengundi di Ladang Sungai Timah yang akan tamat pada jam 4 petang dan proses pengiraan akan dilakukan sebaik sahaja tamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas memantau persiapan terakhir SPR bersama 120 ketua tempat mengundi di SMK Abdul Rahman Talib, semalam.
Seramai 947 petugas SPR termasuk pegawai , anggota polis, ketua tempat pengundi ditempatkan di 120 saluran dan 35 pusat mengundi hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan penyokong parti supaya berhemah semasa proses pengundian berlangsung berikutan tempoh berkabung bagi memperingati kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah, Rabu lalu.
“Kempen berakhir tepat jam 12 tengah malam hari ini (semalam) dan kita minta parti dan penyokong-penyokongnya perlu berhemah dalam tempoh berkabung ini. Jangan ada provokasi di antara mereka,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment