Thursday, May 29, 2014
Kalau Dah Macai Tu...Maka Bodohnya Standard Macai Jugalah!
Bagi manusia yag bodoh memang suka buat perkara tahap bangang
Tuduhan dibuat tanpa selidik dan rujukan, tanpa fakta memang terang kebodohannya!
Tuduhan dibuat tanpa selidik dan rujukan, tanpa fakta memang terang kebodohannya!
Rakan peguam Dyana dedah putar belit Umno
KUALA LUMPUR:
Rakan peguam Dyana Sofya tampil mengemukakan bukti menjawab tohmahan
beberapa laman blog pro-Umno kononnya calon DAP yang mewakili Pakatan
Rakyat pada PRK Teluk Intan itu bukanlah seorang peguam.
Peguam Afiq
Mohamad Noor yang menulis di laman sosial Twitter mempamerkan sijil
perakuan amalan guaman Dyana yang merupakan seorang rakan kongsi
firmanya dan menjalankan amalan guaman pada tahun 2012 dan 2013.
“Akhir-akhir ini ramai yg mempersoalkan adakah benar Dyana Sofya merupakan seorang peguam atau tidak?”
“Saya
mengesahkan bahawa Dyana Sofya adalah rakan kongsi, peguam dan rakan
sekerja saya di sebuah firma di Cyberjaya,” tulis beliau di Twitter
dipetik Roketkini.
Afiq yang juga
seorang peguam Lawyers for Liberty, menunjukkan dua sijil amalan guaman
tahunan Dyana bagi tahun 2012 dan 2013 yang kedua-duanya ditandatangani
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Mohd Khushairy Ibrahim.
“Dyana telah bersama dengan firma kami sejak 9 November 2011 sehingga 30 Disember 2013,” tambah beliau lagi.
Dyana menerima
ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 2010, sebelum menjalani
latihan dalam kamar di sebuah firma undang-undang korporat di Bukit
Bintang dan seterusnya diiktiraf sebagai peguambela dan peguamcara
Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2011.
Beliau tidak
menjalankan amalan guaman setelah tidak memperbaharui sijil tahunannya
apabila dilantik sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang
Patah Lim Kit Siang tahun lalu.
Carian di laman
web Majlis Peguam menunjukkan Afiq merupakan seorang peguam di firma
undang-undang Nizamuddin Hamid & Co. yang beralamat di Cyberjaya. - sumber
0 orang berkata:
Post a Comment