Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Thursday, May 29, 2014

Parti KeADILan Rakyat boleh menjadi Parti KeBENCIan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tertubuh urutan insiden tersingkirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan presiden umno dan terlucutnya jawatan beliau sebagai timbalan perdana menteri sekitar tahun 1998 telah mula membuka tabir keangkuhannya.

Sejarah membuktikan inspirasi asas tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat yang mana nama asalnya Parti Keadilan Nasional sekitar tahun 1999 berteraskan kepada dua faktor utama:

- Gelombang kebangkitan rakyat menuntut keadilan yang telah rabak dirobek oleh presiden umno ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.
- Menuntut keadilan khusus untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah dikhianati oleh perakus kuasa bernama Mahathir Mohamad.

Rakyat marhaen dari segenap lapisan, pelusuk dan penjuru negara bangkit bersama pimpinan Parti Keadilan Nasional / Parti Keadilan Rakyat berarak dan berdemontrasi hampir di setiap bandar utama negara saban hari sehinggalah Anwar Ibrahim bebas dari tahanan 6 tahun di penjara Sungai Buluh dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi sebuah parti yang amat digeruni oleh pemimpin parti pengkhianat negara, UMNO.

Sebagai sebuah pertubuhan politik, Parti Keadilan Rakyat tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan musuh utamanya, Umno. Umno mengadakan pemilihan dalaman partinya, PKR juga mengamalkan prinsip demokrasi acuannya sendiri dalam pemilihan parti yang diadakan setiap tiga tahun. Kalau adapun perbedaan antara dua Umno dan PKR, hanyalah orangnya, perangai pemimpin mereka seakan sama!!

Dalam pemilihan parti PKR terdahulu sekitar akhir 2010, beberapa watak, ada pelawak dan ada juga tokoh pensensasi isu-isu(kerja pensensasi isu ini tiada lain selain daripada berdemontrasi kerna hanya itu sahajalah kepandaiannya!!) dalaman parti telah memaparkan sifat sebenar mereka.

Berdasarkan kepada terlalu banyak keraguan dan kekecohan yang terjadi dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2014 (yang pada pandangan Kerajaan Rakyat tidak banyak bedanya jika dibandingkan dengan kekecohan dan kecelaruan semasa pemilihan Keadilan 2010), maka Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN telah mengeluarkan kenyataan berikut:


Setelah pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN menjalankan siasatan mendalam serta mengadakan sesi pendengaran sejak 17 Mei hingga ke hari ini, berikut adalah beberapa penemuan JPP:
Johari1. JPP telah menerima laporan, aduan dan bantahan daripada anggota Cabang-Cabang tertentu yang mengadu tentang kehadiran orang yang bukan anggota parti yang telah menimbulkan kekecohan serta berusaha menghalang dan mensabotaj proses pengundian.
2. Daripada siasatan JPP, elemen-elemen yang berusaha untuk mensabotaj Pemilihan KEADILAN menggunakan modus operandi berikut:
i. lebih dari separuh insiden sabotaj telah berlaku selepas jam 2.30 petang

ii. pensabotaj akan merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan

iii. sasaran pensabotaj adalah tong-tong peti undi

iv. pensabotaj terdiri daripada anggota kumpulan kongsi gelap – kami boleh sahkan bahawa perkara ini berlaku sewaktu proses pengundian di Cabang Kota Raja dan Kuala Langat
 
Sebagai langkah keselamatan, beberapa perincian tidak akan kami umumkan untuk melindungi informan-informan yang terlibat dalam proses siasatan.
 
3. Pihak JPP telah menerima banyak rakaman video tentang insiden-insiden sabotaj, dan kami sedang meneliti video-video ini untuk mengambil tindakan lanjut. Pada masa yang sama, JPP meminta orang awam serta anggota parti yang mungkin mempunyai video atau rakaman kejadian-kejadian ini untuk tampil ke hadapan dan membantu kami.
 
4. Kesemua insiden di mana didapati berlakunya kesalahan tatatertib atau tataetika pemilihan, atau melanggar disiplin parti, akan dibawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti untuk tindakan lanjut. Seperti yang semua sedia maklum, beberapa anggota telahpun dipecat dan digantung kerana melanggar tataetika atau disiplin parti.
 
Oleh itu, dan kerana proses pemilihan semula akan berlangsung bagi beberapa Cabang pada 31 Mei dan 1 Jun ini, semua anggota parti perlu ingat dan prihatin tentang tataetika pemilihan serta disiplin parti.
Berikut adalah Cabang-Cabang yang akan mengadakan proses pengundian pada 31 Mei dan 1 Jun:
31 Mei:
1. Setiu
2. Kuala Nerus
3. Kemaman
4. Dungun
5. Jerantut
6. Paya Besar
7. Pasir Puteh
8. Pengerang
1 Jun:
1. Tenggara
2. Sg Petani
JPP akan membuat pengumuman tentang tarikh pemilihan semula yang lain dari semasa ke semasa.
Datuk Johari Abdul
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.