PRK Teluk Intan diteruskan
TELUK INTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya
kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan diteruskan mengikut tarikh diwartakan,
31 Mei ini.
Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan itu adalah selaras dengan undang-undang SPR.
Bagaimanapun, pihaknya meminta parti politik yang bertanding menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang kempen yang tinggal dua hari lagi bagi menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
“Kita turut menyarankan semua pihak berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu sensitif yang boleh membangkitkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

0 orang berkata:
Post a Comment