Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUJAH DR ASRI DANGKAL

Friday, May 30, 2014


 Hujah Dr Asri yang ini Pak Karamu langsung tidak bersetuju, HUKUM HUDUD yang hendak dilaksanakan oleh parti PAS adalah selaras dengan PERLEMBAGAAN PARTI DAN ATAS PERINTAH ALLAH. Soal kebajikan masyarakat islam atau sikap ahli Parlimen yang moralnya seperti zaman nabi sebenarnya hujah Dr Asri adalah lemah. 

Sekalipun perlaksanaan hukum HUDUD Tuhan itu sukar hendak dilaksanakan akan tetapi ia perlu dilaksanakan kerana  ada perintah daripada Tuhan tentangnya, soal zaman nabi atau zaman apa sekalipun itu langsung tidak patut dijadikan hujah kerana jika Dr Asri berpandangan demikian maka seolah-olah dia berpandangan bahawa perintah Tuhan hanya sesuai mengikut zaman tertentu sahaja

Menyamakan negara ini dengan negara barat yang anti islam seperti Sweden& New Zeland adalah hujah dangkal beliau, jika Dr Asri hanya melihat hasrat PAS hendak melaksanakan HUDUD ini berdasarkan selamat, mengapa Dr Asri tidak mengambil contoh terhadap negara umat islam yang lain ? Pak Karamu

 

Statement Dr. Asri Ini Perlu Dibaca Dan Faham Betul-Betul

Tanpa Hudud, Sweden & New Zealand Tetap Selamat - Asri
Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 - mStar
Oleh: D. KANYAKUMARI
BANGI: Memastikan kebajikan masyarakat Islam tidak hanya terletak kepada undang-undang semata-mata, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Negara-negara seperti New Zealand dan Sweden tidak mempunyai hudud tetapi negara-negara tersebut selamat kerana ia tidak sekadar bergantung kepada undang-undang.

"Ia memerlukan masyarakat dan tadbir urus moral yang baik dan sudah tentu pemerintah yang baik," katanya pada forum bertajuk 'Muzarakah Jenayah Syariah Kebangsaan', di Universiti Kebangsaan Malaysia, Khamis.

Bekas mufti Perlis ini menegaskan bahawa pelaksanaan hudud oleh PAS hanya boleh dilakukan jika ahli parlimen dapat mewujudkan persekitaran yang menyamai zaman Nabi.

"Semasa zaman Nabi, semuanya yang 'halal' dapat dilakukan dengan mudah.

"Ambil perkahwinan sebagai contoh, cara terbaik untuk mengelakkan zina ketika itu mudah, tetapi kini, ia telah menjadi satu urusan yang meleret-leret dan mahal," kata Dr Asri, ketika berucap di hadapan 300 orang yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik dan pakar-pakar agama.

Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Shamrahayu Abdul Aziz juga berpendapat bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular seperti yang dikemukakan oleh beberapa orang.

"Memang ada ruang untuk perbincangan dan kita perlu memahami sama ada atau demokrasi yang sedia ada adalah serasi dengan sekular.

"Rangka kerja dan asas mungkin kebaratan tetapi ahli parlimen kita berpegang kepada agama mereka apabila melaksanakan undang-undang, oleh itu agama memainkan peranan dalam undang-undang," katanya, sambil menambah Malaysia sentiasa terikat kepada Islam.

3 orang berkata:

andah said...

Admin, tolong suruh Dr Asri pergi belajar jadi student kat NZ. Belajar bagaimana pemimpin mereka melayani rakyatnya dan juga pelajar dari luar negara. Pemimpin mereka menjaga kebajikan rakyat, bukan macam pemimpin kita. Dr. Asri kalau setakat ada PHD, belum tentu kamu tahu semua perkara. Tanyalah orang yg belajar disana, cuti semester buat part time kutip buah strawberry.

Anonymous said...

Berfahaman wahabi mmg pendapat camtu, tiap2 arahan itu wajib. Kaedah ini tidak perlu menunggu rakyat hidup stabil. Siapa yg diberi kuasa wajib laksana hudud. Berdolak dalik tanda rosak iman, walaupun ngaji DR.

Anonymous said...

Tanya dr asri.. Tugas sapa nak ajar ahli parlimen jadi baik bg menyamai suasana spt zaman nabi? Dah ada PhD tu tlg la ajarkan 'monyet-monyet' dlm parlimen tu. Jgn sekadar bercakap sedap mulut shj! Takkan sebab mother theresa /florence nightingale baik hati berbanding rosmah... Kita boleh kata depa tu 'orang alim'. lagi satu kat sweden ka norway ka atau mana-mana negeri scandinavia pemimpin depa bukan dari UMNO! AAAAAAMANNNN

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.