• Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah
1 / 1
KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan pekarangan Istana Iskandariah, Bukit Chandan kira-kira jam 9.22 pagi tadi.

Beliau tiba di istana bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah pada jam 8.45 pagi.

Najib akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan rasmi enam hari yang bermula kelmarin sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik dijalin antara Malaysia dan China.