Jumaat, 30 Mei 2014
PRK TELUK INTAN: UMNO ITU MELAYU TETAPI MELAYU BUKAN UMNO
Perkembangan terkini di PRK Teluk Intan telah
jelas memberikan gambaran bahawa UMNO tidak lagi mewakili orang Melayu,
walaupun pemimpin UMNO melaungkan bahawa UMNO itu milik orang Melayu. Begitu
juga dengan parti MCA dan MIC yang tidak lagi mewakili orang Cina dan orang
India di Malaysia. Sekiranya masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang merasakan
demikian seolah-olah mereka sedang bermimpi di siang hari.
Sekali air bah dan sekali pasir berubah.
Sekadarkan pemimpin UMNO yang tidak mahu melihat akan perubahan itu. Mungkin
juga mereka melihat perubahan itu berlaku tetapi mereka tidak mahu mengakui
bahawa perubahan sedang berlaku. Pemikiran mereka masih berada di takuk lama.
Mereka masih merasakan bahawa orang Melayu Kurun ke 21 masih berfikiran seperti
orang Melayu pada tahun-tahun 1950an. Mereka lupa bahawa zaman beredar dan
pemikiran manusia juga bergerak seiring dengan zaman yang dilaluinya.
Orang Melayu menentang cadangan Dato Onn untuk
membukakan keahlian UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1951 dan seterusnya
mengubah nama United Malay National Organization kepada United Malayan National
Organization. Cadangan Dato Onn ditolak oleh UMNO yang menyebabkan beliau terus
meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO pada ketika itu. Tahun 1951. Pemikiran
Dato Onn mendahului zaman. Lantas tidak diterima oleh orang Melayu yang
berfikiran sedemikian pada ketika itu.
Dulu antara PAS dan DAP adalah seperti ‘anjing
dengan kucing’ yang sentiasa ‘bercakaran’. Hanya pemimpin yang berfikiran jauh
sahaja yang boleh beramalkan ketika itu bahawa PAS dan DAP akan menjadi rakan
karib dalam perjuangan membela nasib bangsa di Malaysia seperti yang dapat
dilihat di PRK Teluk Intan sekarang. Tidak ada siapa yang boleh menjangkakan
bahawa kepimpinan tertinggi sanggup memberikan sokongan yang tidak ada tolak
bandingnya dalam sejarah perjuangan mereka demi untuk memenangkan calon DAP.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa PAS bertungkus
lumus di PRK Teluk Intan disebabkan oleh calonnya yang terdiri dari orang
Melayu. Mungkin juga. Namun sejarah kerjasama PAS,DAP dan PKR telah terjalin
dengan begitu erat dalam banyak PRK dan
PRU yang telah diadakan sehingga hampir-hampir menumbnagkan kerajaan BN dalam
PRU 13 yang lalu.
0 orang berkata:
Post a Comment