Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, May 29, 2014

Dyana dijangka mudah mengatasi Mah

SUARA LANTANG: Adakah beliau ibarat berlian? Seorang puteri? Ibarat harimau? Ya, dia adalah semua itu. Dia adalah calon "mengejutkan dan mengagumkan" DAP bagi Ahli Parlimen Teluk Intan seterusnya.
Namun Dyana Sofya Mohd Daud mendakwa yang beliau bukan calon pilihan dalam pertembungan satu-lawan-satu menentang BN ini.
Adakah ini benar? Lawannya, presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong juga mendakwa beliau menghadapi tugas sukar dalam pilihan raya kecil Sabtu ini.
Sudah pasti Dyana Sofya tidak akan dapat menyamai kemenangan besar rakan sekerja beliau, Ramkarpal Singh di Bukit Gelugor di mana anak Harimau Jelutong itu mendapat 90% undi.
Dan Mah juga tidak akan mengalami penghinaan seperti yang diterima bekas rakan sekerja beliau dalam Gerakan, naib presiden PCM Huan Cheng Guan, yang kehilangan wang taruhannya di Bukit Gelugor bersama-sama dengan kedua-dua calon Bebas.
Tetapi Dyana Sofya sedang menuju kemenangan pada hari Sabtu, dan menuju ke arah mencipta sejarah sebagai ahli parlimen wanita Melayu pertama DAP, menyertai dua rakan sejawat lelaki Melayu beliau dan 35 rakan-rakan lain.
Pada 27, beliau bakal menjadi ahli termuda Parlimen ke-13. Seorang ahli yang "sangat cantik", selain dapat "berfikir, menulis dan fasih pertuturan".
Beliau akan menjadi seperti Bernadette Devlin dari Ireland Utara yang memenangi sebuah pilihan raya kecil pada tahun 1969 bagi memasuki Dewan Rakyat British.
Bernadette adalah ahli parlimen termuda apabila beliau dipilih sewaktu berumur 21, dan kekal wanita termuda dipilih ke Westminster. Dia membuat ucapan sulung beliau pada hari lahir beliau yang ke-22, dalam masa sejam selepas menjawat jawatannya.
Wanita gagah itu bertanding dengan slogan "Saya akan mengambil tempat saya dan berjuang bagi hak-hak anda".
Ia berbunyi seperti ia datang dari Dyana Sofya sendiri.
Berikut adalah antara contohnya:
"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) berkata bahawa orang Melayu bijak kerana menyertai Pakatan Rakyat. Beliau betul," katanya. "Selepas itu dia memanggil kami pengkhianat. Wah."
Ini tidak menghalang supremo DAP, Lim Kit Siang melakukan panggilan SOS kepada pengguna Internet untuk membantu mencerahkan peluang setiausaha politiknya.
Katanya, DAP mengambil risiko besar dengan meletakkan seorang peguam Melayu di Teluk Intan yang didominasi kaum Cina.
Namun sebenarnya, pengundi di kawasan itu telah secara konsisten memilih wakil rakyat bukan Cina ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak.
Malahan ahli parlimen DAP semasa di Ipoh Barat, M. Kulasegaran pertama kali memasuki Parlimen melalui 1997 pilihan raya kecil Teluk Intan, dengan mengubah daripada 13,968 majoriti BN pada pilihan raya umum 1995, kepada 2,916 majoriti DAP.
Walaupun Mah merampas kembali kerusi itu bagi BN pada 1999 dan mengekalkannya pada tahun 2004, beliau tewas kepada seorang lagi ahli DAP kaum India, M. Manogaran, pada tahun 2008 dan gagal dalam penyertaannya buat kali kedua pada tahun lalu.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, pengundi Cina memenangkan seorang lagi ahli DAP kaum India, Terence Naidu V. Raja bagi mewakili Pasir Bedamar, kerusi DUN pusat bandar.
Dahulunya, mereka pernah memilih Fadzlan Yahya sebagai ADUN DAP selama tiga penggal berturut-turut.
Atas dasar bahawa kaum Cina tempatan telah membuktikan sikap "buta warna" mereka, adakah benar bahawa peluang Dyana Sofya hanyalah 40%, seperti yang didakwa oleh bosnya?
Lagipun DAP telah memegang Pasir Bedamar, kerusi DUN terbesar dari dua kerusi DUN yang membentuk kerusi Parlimen Teluk Intan.
Satu-satunya masa parti pembangkang itu kehilangan kerusi DUN itu sejak 1969 adalah pada tahun 1995, apabila Mah membuat kemunculan pilihan rayanya.
Mah bertanding melalui platform hubungannya sebagai cucu Datuk Mah Pooi Soo, orang terkaya di bandar itu, dan memenanginya disebabkan rasa berterima kasih penduduk pekan itu ke atas kemurahan hati datuknya.
Walaupun begitu, DAP merampas semula kerusi itu dari Gerakan pada pilihan raya umum yang berikutnya, apabila Mah "lulus" untuk bertanding bagi kerusi Parlimen.
Tahun lepas, Mah hanya mendapat 15% undi kaum Cina apabila beliau tumpas dalam usaha keduanya untuk memenangi kembali Teluk Intan, walaupun 75% daripada pengundi Melayu memilihnya dan bukannya Seah Leong Peng dari DAP, yang menyebabkan pilihan raya kecil yang akan datang ini setelah beliau meninggal dunia.
Teluk Intan mempunyai profil pengundi semasa sebanyak 42% kaum Cina, 38% Melayu dan 19% India.
Bagi mendapat kemenangan, Dyana Sofya memerlukan sokongan 85% kaum Cina atau 35% daripada jumlah keseluruhan.
Selain itu, beliau memerlukan 50% undi kaum India atau 9.5% daripada jumlah keseluruhan, dan 15% daripada undi Melayu atau 5.5% daripada jumlah keseluruhan.
Seah dari DAP hanya mendapat 25% daripada undi Melayu tahun lalu, tetapi masih mengatasi Mah secara meyakinkan, dengan majoriti lebih 7,000 undi.
Pencalonan Dyana Sofya mungkin bakal menyaksikan DAP merampas sumber undi Melayu BN.
Dengan sehingga 90% kaum Cina menyokongnya dan beliau kini mendapat lebih banyak sokongan kaum India daripada Mah, calon DAP itu akan menang jika dia memperolehi hanya 12% lagi undi kaum Melayu.
Tanpa mengambil kira aksi saat terakhir Umno, yang akan rugi lebih besar sekiranya Mah dan Gerakan tumbang sekali lagi, DAP kelihatan sedang menuju  ke arah kemenangan besar.
Jangan terkejut jika Dyana Sofya mengalahkan Mah dengan mendapat 60% undi. Sabtu ini semakin kelihatan seperti pilihan raya terakhir Mah. - Tan Jooi Long
Tan Jooi Long merupakan bekas pengarang Bernama yang pernah menerajui sebuah agensi berita Amerika Syarikat yang berpengkalan di Asia Pasifik. Beliau juga galak menulis di akaun Twitter beliau. - 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.