4/05/14
PKR kata IGP hina mahkamah Isu notis 10 hari
Peguam PKR N Surendran berkata Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya dibawa ke mahkamah
kerana menegaskan bahawa peserta perhimpunan perlu memberi notis 10
hari, walau Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tindakan itu tidak
mengikut perlembagaan.
Katanya, prosiding menghina mahkamah perlu dijalankan ke atas Khalid kerana keputusan itu masih berkuatkuasa.
Beliau memberi alasan, setakat ini masih belum ada permohonan yang difailkan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut.
“Kami akan utus surat kepada Peguam
Negara untuk membawa kenyataan IGP ini kepada perhatiannya dan memulakan
prosiding menghina mahkamah ke atasnya,” kata Surendran ketika
dihubungi Malaysiakini semalam.
Mahkamah Rayuan pada 25 April
mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang
memperuntukkan denda RM10,000 bagi kesalahan tidak memberi notis 10
hari, sebagai tidak mengikut perlembagaan.
Bagaimanapun, Khalid semalam menegaskan
bahawa undang-undang tersebut masih berkuatkuasa kerana kerajaan masih
dalam proses untuk merayu keputusan tersebut.
Katanya, polis telah memulakan siasatan ke atas penganjur perhimpunan 1 Mei mengikut peruntukan tersebut.
Lebih 50,000 orang menyertai perhimpunan bagi membantah pelaksanaan Cuai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada hari Khamis lalu.
Surendran yang juga MP Padang Serai
menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai “perundangan karut” kerana
kerajaan terlebih dahulu perlu memohon untuk menggantung pelaksanaan
keputusan tersebut.
Khalid semalam menegaskan bahawa keputusan berkenaan kini sedang dirayu oleh pejabat peguam negara. - mkini
0 orang berkata:
Post a Comment