Adun Sungai Limau terlibat kemalangan
ALOR SETAR - Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat terlibat dalam
kemalangan di KM320 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Berapit
iaitu laluan antara Taiping dengan Kuala Kangsar, Perak awal pagi tadi
Difahamkan kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika Mohd Azam bersama seorang rakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat parti.
Ketika kejadian, beliau sendiri yang memandu kereta itu walaupun sebelum itu bergilir-gilir dengan rakannya.
"Mungkin disebabkan sedikit keletihan ketika memandu, saya tidak sempat mengelak sebuah lori yang sedang bergerak perlahan mendaki bukit.
"Dalam kejadian itu, kereta saya bergesel bahagian belakang lori berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini
Beliau hanya mengalami calar pada bahagian lengan sementara rakanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kami tidak mempunyai maklumat mengenai lori berkenaan kerana besar kemungkinan pemandunya tidak menyedari kemalangan itu dan meneruskan perjalanan.
"Selesai membuat laporan polis, saya mengambil keputusan untuk balik semula ke Kedah," katanya.
Beliau berkata, kemalangan itu adalah yang pertama baginya dan memberi pengajaran supaya lebih berhati-hati.
"Syukurlah saya dan rakan tidak apa-apa hanya kereta saja mengalami sedikit kerosakan," katanya.
Mohd Azam dipilih sebagai Adun setelah memperolehi12,069 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang mendapat 10,985 undi pada pilihan raya kecil.
Kerusi Dun Sungai Limau bawah Parlimen Jerai diisytiharkan kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
DalamPRU13, Azizan mengekalkan Dun Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru.

1 orang berkata:
pandora outlet
mbt shoes
cheap oakley sunglasses
christian louboutin
michael kors outlet online
canada goose outlet
michael kors outlet
fred perry clothing
oakley sunglasses wholesale
pandora charms
chenminghui20180327
Post a Comment