Bukan Islam tak perlu takut hudud
KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Masyarakat bukan Islam dinasihatkan untuk
tidak perlu risau dengan penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah
(II) 1993 dan memberi peluang kepada kerajaan Pas Kelantan untuk
memberikan penerangan tentang pelaksanaannya.
Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPP), Vincent Lee berkata, pelaksanaan hukum itu juga bukan sesuatu yang baru dibincangkan dalam Pas dan seharusnya ahli-ahli DHPP bersabar dan memberi peluang kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk memberikan penjelasan tentang pelaksanaannya.
“Selama ini ahli DHPP telah sampaikan kerisauan dan pandangan serta kebimbangan tentang perkara ini dan kini isu tersebut timbul kembali, namun kita dapat lihat sekarang kepimpinan negeri dan pusat sedang mempelbagaikan cara penerangan tentang hudud.
Cuma salah satu sebab kerisauan mereka itu ialah kesan salah anggap yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Kalau mereka faham apa yang terkandung dalam hudud ini, sebenarnya ia tiada kaitan langsung dengan apa yang mereka takutkan itu, tambahan lagi, sudah termaktub enakmen tersebut tidak melibatkan orang bukan Islam,. Jadi apa yang perlu ditakutkan? Beri alasan kukuh dan sebab munasabah kenapa kita mesti takut dan tolak pelaksanaannya,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, kenyataan Ketua DHPP, Hu Phang Chaw yang menyifatkan DHPP menolak hukum hudud itu tidak betul dan hanya berbentuk pandangan peribadi beliau sahaja.
Katanya, banyak kaedah akan dilakukan untuk membantu Pas Kelantan memberi penerangan kepada masyarakat bukan Islam tentang pelaksanaan hukum tersebut.
“Sebenarnya sejak penubuhan kelab penyokong Pas dan sehingga kini DHPP tertubuh, ketakutan dan fobia masyarakat bukan Islam terhadap Pas semakin berkurangan. Tetapi bila timbul isu pelaksanaan hudud ini secara tidak langsung ditambah pula dengan pandangan-pandangan individu yang tidak tepat, sekali lagi mempertingkatkan ketakutan mereka terhadap hudud dan Pas.
“Kita selalu katakan jangan politikkan isu tersebut, sedangkan dari awal enakmen tersebut telah memutuskan bahawa hanya untuk orang Islam sahaja terlibat. Ia sudah terang dan jelas, selain itu, sebelum membantah, kita kenalah memberi alasan atau sebab munasabah, jangan sekadar membantah untuk mendapatkan sokongan sahaja,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment