Isu Pinjaman RM40 juta: SPRM perlu siasat Hasan Malek
(Oleh: Fiza Halim)
KUALA LUMPUR 26 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
perlu menyiasat dakwaan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin
Chik mengenai campurtangan seorang menteri bagi membolehkan pinjaman
RM32 juta tanpa faedah diberikan kepada seorang individu.
Naib
Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuduhan itu amat serius dan
SPRM perlu menyiasat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sekiranya melakukan salahguna
kuasa.
Katanya, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berdiam
diri memandangkan individu berkenaan turut dikatakan mempunyai hubungan
rapat dengan kerajaan.
“Ini tuduhan yang besar, Najib tak boleh berdiam sahaja, kena siasat
dengan segera. Sabaruddin ni bekas menteri kerajaan, dia dah dedahkan
bahawa individu tersebut ada kaitan dengan kerajaan.
“SPRM perlu siasat Hasan Malek dan ambil tindakan dengan segera jika
benar dia salah guna kuasa. Isu ini menunjukkan kronisme dalam Umno itu
sendiri,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Pada 26 Mei lalu, Sabaruddin mendedahkan khidmatnya tidak disambung
gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta oleh individu yang rapat dengan
pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan
politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32
juta tanpa faedah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Hasan
mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank
Rakyat pada Januari lalu.
Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak
penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan
tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan
menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai
pengerusi Bank Rakyat.
Justeru Surendran mendesak SPRM menyiasat semua pihak yang terlibat
bagi mengetahui sekiranya wujud campurtangan politik dalam keputusan
bank berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61718
1 orang berkata:
Hasan malek,malek bapa hasan,.hasan anak kpd malek...perlu diterajang keluar dr umno,.merosakkan umno. Sbb tu semakin hari org benci umno sbb ada org macam hasan apam balik.
Post a Comment