'Lupa derita Anwar' punca Ramachandran tarik diri
PETALING JAYA - “Saya pada awalnya menawarkan diri untuk bertanding,
tetapi pada 26 April yang lalu membuat keputusan menarik diri daripada
bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, saya ambil keputusan ini
kerana kecewa dengan tingkah laku calon-calon lain,” demikian menurut
bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk K Ramachandran mengenai
tindakan beliau menarik diri untuk persaingan kerusi Timbalan Presiden
PKR.
Ramachandran berkata, kecewanya beliau adalah kerana calon-calon lain terlalu ghairah berkempen sehinggakan melupakan penderitaan yang ditanggung Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Masalahnya apa yang saya nampak ialah calon yang berkempen terlalu ghairah dan mereka tidak memikirkan masa depan parti dan penderitaan Datuk Seri Anwar yang sedang bergelut dengan kes mahkamah dan kemungkinan besar akan dihantar kembali ke penjara,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini
Oleh itu, Ramachandran mengisytiharkan dirinya menyokong Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang didakwa satu-satunya yang mempertahankan Anwar dalam siri ceramah Reformasi 2.0.
Selain Saifuddin, calon timbalan presiden lain ialah penyandang Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana kempen yang didakwanya melupakan masa depan parti tu, Ramachandran enggan menjelas lanjut.
Sebaliknya beliau menyeru semua ahli termasuk kaum India untuk sama-sama menggembleng tenaga menyokong Saifuddin.
"Kepada anggota parti dari kaum India,jangan amalkan slogan kempen anggota India pilih India sahaja.
“Kita mestilah membuka ruang kepada semua kaum kerana kita memilih pemimpin yang terbaik di kalangan kita," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment