Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPR belum terima pemakluman rasmi mengenai kerusi Parlimen Teluk Intan


02/05/2014 6:47pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian Ahli Parlimen itu, Seah Leong Peng semalam.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menjangka menerima pemakluman rasmi itu pada Isnin ini.
Mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu
diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR.
Selepas itu, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil.
Leong Peng,48, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur akibat kanser pada kira-kira 7.30 pagi semalam.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Leong Peng menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.