Keseronokan bertukar tragedi
KUALA BERANG - Kegembiraan 40 individu yang terdiri daripada sanak
saudara menikmati percutian di atas rumah bot di Tasik Kenyir bertukar
sedih apabila salah seorang daripada mereka mati lemas.
Mohd Daniel Rosapawi, 9, meninggal dunia akibat lemas setelah bot laju yang dinaiki bersama bapa saudara dan dua sepupunya terbalik dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam.
Menurut kakak mangsa, Nor Aisyatul Aziera, 15, mereka menaiki bot laju berkenaan untuk mandi di kawasan Sungai Lawit.
"Bot laju itu terbalik lima minit selepas bertolak dari rumah bot yang kami diami, iaitu pada jarak hanya 50 meter.
“Saya tidak putus berdoa, dan hanya mampu melihat orang mencarinya," katanya.
Namun kata Nor Aisyatul Aziera, ALLAH SWT lebih sayangkan adiknya apabila 15 minit kemudian Mohd Daniel ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
“Sebelum adik bersama bapa saudara dan dua sepupu (kanak-kanak) menaiki bot laju saya sempat menyapanya. Tidak sangka itu kali terakhir bercakap dengannya," katanya.
Memandangkan jarak lokasi kejadian dengan rumah bot tidak begitu jauh, Nor Aisyatul Aziera dapat melihat seorang demi seorang ahli keluarganya diselamatkan.
Hatinya luluh apabila dimaklumkan adiknya sudah meninggal dunia.
“Malam tadi (malam kelmarin) kami tidur bersebelahan dan sempat berbual panjang.. kami jarang jumpa kerana saya tinggal di asrama Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang, dia pula tinggal dengan nenek di Felda Jerangau Barat,” katanya kepada Sinar Harian di Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu.
Nor Aisyatul Aziera berkata, hubungan dia dan adiknya rapat, malah selalu berhubung melalui telefon bertanyakan khabar apatah lagi mereka dua beradik sahaja.
Katanya, mereka mengikuti rombongan sanak saudara yang menyewa dua rumah bot untuk bercuti di Tasik Kenyir.
“Kami bercuti selama tiga hari dua malam dan dijadualkan pulang esok (hari ini)".
"Namun tidak sangka tragedi ini berlaku, pada hal adik sudah pakai jaket keselamatan,” katanya.
Sinar Harian difahamkan mangsa dibawa keluar ke Pengkalan Gawi dari kawasan kejadian sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu menaiki bot laju yang memakan masa perjalanan hampir empat jam.
Berperangai pelik
Nenek mangsa, Che Samariah Omar, 59, berkata, kejadian menimpa cucunya itu benar-benar meruntun jiwanya apatah lagi mangsa tinggal bersamanya sejak pertengahan tahun lalu.
Menurutnya, minggu lepas cucunya itu bukan sahaja liat untuk ke sekolah tetapi juga dilihat lebih banyak termenung dan Khamis lalu, mangsa juga tidak hadir ke sekolah biarpun telah siap memakai uniform.

“Cucu makcik ke sekolah tumpang anak jiran. Biasanya makcik akan dengar
bunyi pintu pagar rumah apabila dia sudah keluar tetapi Khamis lalu
tidak kedengaran lalu makcik menjenguk keluar.
"Makcik terkejut apabila dia masih berada di luar rumah," katanya.
Kata Che Samariah, dia melihat cucunya itu hanya duduk termenung dan tidak lama kemudian dia masuk ke dalam rumah mengatakan tidak mahu ke sekolah pada hari itu.
"Makcik pelik dengan perangai dia pagi tu.. kerana dia tidak pernah begitu.. biasanya dia bersemangat untuk ke sekolah," katanya.
Katanya, kedua ibu bapa Mohd Daniel sudah lama berpisah dan sebelum ini cucunya itu tinggal dengan ayahnya di Marang manakala ibunya berada di Kuala Terengganu.
“Namun, setelah ayahnya bekerja di Kemaman dia tinggal bersama makcik. Cucu makcik ini seorang yang baik.. makcik dan ibu bapanya tidak menyertai percutian ini dia juga tidak terlalu berharap sangat untuk pergi kecuali jika diajak oleh saudara mara yang lain,” katanya.
Tambah Che Samariah, cucunya keluar rumah kelmarin bersama bapa saudaranya kira-kira jam 9 pagi dan dia tidak sangka panggilan telefon diterima kira-kira 1.40 petang semalam adalah panggilan yang memaklumkan cucunya lemas.
“Sebaik sampai ke hospital makcik bergegas ke bahagian kecemasan dan dimaklumkan tiada kes lemas diterima.
"Makcik kemudiannya ke bilik mayat, tidak berapa lama kemudian kenderaan polis (land rover) tiba dan dilihat ada satu jasad dibawa.
“Ketika itulah baru makcik tahu keadaan sebenar cucu makcik rupa-rupanya dia telah tiada. Makcik ingatkan dia selamat," katanya.
Insiden disedari pemancing
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hussin Deraman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya, insiden tersebut turut disedari seorang pemancing yang memancing tidak jauh dari lokasi.
“Pemancing berkenaan kemudian memanggil beberapa rakannya untuk membantu dan berjaya menaikkan semua penumpang bot laju yang memakai jaket keselamatan.
“Bagaimanapun, Mohd Daniel tidak dapat diselamatkan walaupun sudah diberikan bantuan penafasan (CPR).
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment