Monday, November 17, 2014
Jom pakat-pakat baca,, lepas tu fikiaq dengan akal yang waras...
PKR - P-arti K-hianat R-akan .................
SIPNOSIS PENGKHIANATAN SEBENAR YANG DILAKUKAN ANWAR IBRAHIM DAN PEMIMPIN PKR ..........
HARAP ORANG PKR BACA SAMBIL BERFIKIR GUNA AKAL YANG WARAS ....BUANG SEKETIKA PENYAKIT TAKSUB KETIKA MEMBACA....
Pelik bin ajaib! Anwar dan Wan Azizah buat taik, Datuk Seri Hadi Awang dan PAS yang kena!
Sekarang ini gambaran diberi dalam
krisis MB Selangor seolah-olah Datuk Seri Hadi dan PAS yang jahat!
Khianat pakatan! Tiada semangat setiakawan! Pecah amanah perjanjian
persefahaman! Dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah dilemparkan
kepada Datuk Seri Hadi dan PAS.
Helo...helo...siapa yang buat taik? Siapa yang khianat? Siapa yang tidak amanah? Siapa yang tiada semangat setiakawan?
Bukan Anwar-Azizah yang buat taik? Bukan
Anwar-Azizah yang khianat? Bukan Anwar-Azizah yang tidak amanah? Bukan
Anwar-Azizah yang tiada semangat setiakawan?
Tan Sri Khalid Ibrahim, sebelum
menyertai PKR dan menyokong Anwar-Azizah adalah seorang tokoh korporat
yang berjaya. Kehebatan beliau diakui bukan sahaja oleh Malaysia, malah
ke peringkat antarabangsa. Cuba dengar sendiri ucapan-ucapan Anwar,
Azizah dan ramai pemimpin PKR semasa Pilihanraya Kecil Ijok dan PRU 12
dan PRU 13 - bergantang-gantang pujian mereka terhadap ketokohan Tan Sri
Khalid.
Beliau arkitek pembangunan ekonomi dan
kewangan Melayu semasa menerajui Permodalan Nasional Berhad. Dibawah
kepimpinan beliau, ekonomi dan kedudukan kewangan Melayu melalui
sekim-sekim PNB seperti ASB, ASN, dan banyak lagi tabung amanah
berkembang hebat.
Semasa menerajui Kumpulan Guthrie,
beliau berjaya membawa Guthrie daripada sebuah syarikat yang terlibat
dalam sektor perladangan kepada konglomerat pembangunan hartanah. Lihat
sahaja pembangunan Bukit Jelutong Shah Alam. Berapa ramai anak Melayu
berjaya memiliki hartanah bernilai tinggi hasil perancangan hebat Tan
Sri Khalid.
Namun Tan Sri Khalid meninggalkan itu
semua untuk memberi sokongan kepada Anwar-Azizah yang pada masa itu
sudah tercungap-cungap. Atas semangat setiakawan dan persahabatan, Tan
Sri Khalid bersama seorang lagi tokoh korporat Datuk Seri Zahrain Hashim
(Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang masa itu) meninggalkan
kemewahan dunia korporat dan bergelumang bersama Anwar-Azizah.
Pada masa itu, iaitu pasca PRU 11 -
2004, PKR dipukul teruk dalam PRU. Gelombang kebangkitan UMNO-BN dibawah
pimpinan Tun Abdullah menyebabkan PKR hanya tinggal satu kerusi -
Permatang Pauh. DAP juga bungkam dengan Karpal dan Kitsiang juga tinggal
menggigit gusi dan gigi.
Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan
menghadapi PRU 12 - 2008, Anwar-Azizah dan pembangkang perlukan suntikan
baru. Kemasukan Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Zahrain melonjakkan
keyakinan rakyat bahawa ada harapan dengan pakatan pembangkang.
Maka PKR bersama PAS dan DAP menyertai
PRU 12 - 2008 dengan menukar nama baru daripada Barisan Alternatif
kepada Pakatan Rakyat dengan membawa slogan Harapan Baru.
Dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid di
Selangor dan Datuk Seri Zahrain Hashim di Pulau Pinang, PKR bersama
Pakatan Pembangkang berjaya dalam PRU 12 -2008 dengan menawan Selangor
daqn Pulau Pinang dengan majoriti selesa walaupun tidak dua pertiga.
Tan Sri Khalid dilantik menjadi Menteri
Besar Selangor dengan kepimpinan ala-korporat yang berjaya mebawa
keyakinan rakyat Selangor khususnya dunia korporat bahawa ada harapan
untuk maju di Selangor.
Kepimpinan Tan Sri Khalid telah berjaya
mengemudi PKR dan pembangkang di Selangor sehinggakan dalam PRU 13 -
2013 pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS berjaya memenangi kembali Selangor
dengan majoriti melebihi dua pertiga. Mereka memenangi 44 kerusi
daripada 56, dengan BN hanya mendapat 12 kerusi melalui UMNO. Dan MCA,
MIC SERTA Gerakan bungkus kosong di bumi Selangor.
Sekali lagi Tan Sri Khalid dilantik
menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua, sehingga ke PRU 14 yang akan
diadakan paling lewat pada 2018.
Dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid,
Selangor berjaya meningkatkan simpanan rizab tunai melebihi RM3 billion
yang diletakkan dibawah Perbadanan Menteri Besar (PMB-MBI). Dan bagi
memastikan rizab tunai RM3 billion itu selamat, Tan Sri Khalid melantik
pegawai khasnya Faekah Husin, seorang no-nonsense lady, dan adik kepada
bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (Datuk Zaki Husin) sebagai
Pengarah Urusan PMB-MBI.
Tetapi tidak sampai setahun memegang
jawatan MB bagi penggal kedua sejak Mei 2013, pergolakan bermula. Para
parasit mula mengimpikan jawatan MB Selangor, dan Tan Sri Khalid mula
diserang. Awalnya beliau dimaki hamun secara tertutup, tetapi akhirnya
beliau dimaki nista secara terbuka - bukan oleh UMNO, bukan oleh BN,
tetapi oleh PKR dan kepimpinan mereka sendiri.
Serangan makin menjadi-jadi sejak Tan
Sri Khalid menolak cadangan pembangunan pembinaan pusat penternakan babi
di Sepang bernilai RM100 juta. DAP mendakwa Tan Sri Khalid sengaja
melengah-lengahkan pembinaan pusat ternakan babi RM100 juta itu.
Keadaan menjadi makin serius bila
pemimpin DAP mempersoalkan tindakan Exco dibawah pimpinan Tan Sri Khalid
konon sengaja melengah-lengahkan pemberian geran RM2 juta kepada tiap
sekolah aliran cina di Selangor.
Dan keputusan Tan Sri Khalid mematuhi
titah Tuanku Sultan Selangor dengan enggan mengarahkan MAIS-JAIS
memulangkan kembali 300 naskah bibel versi bahasa Melayu kepada Bible
Society Malaysia merupakan fakta yang mematahkan tulang unta!
Paku terakhir keranda karier politik Tan
Sri Khalid terjadi bila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5
tahun keatas Anwar kerana meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari
Azlan pada 07.05.2014.
Untuk kesinambungan dan talian nyawa
politik Anwar, maka dia tiada pilihan lain melainkan bini dia sendiri
Azizah mesti menjadi MB Selangor. Penetapan tarikh bicara oleh Mahkamah
Persekutuan pada 28-29 Oktober 2014 sekadar menjadi pelengkap bahawa Tan
Sri Khalid mesti dipecat dan Azizah mesti menjadi MB - tiada tolehan ke
belakang lagi bagi Anwar!
(Persoalan kenapa Anwar beriya-iya mahu
Azizah menjadi MB Selangor akan dikupas dalam satu tajuk lain tidak lama
lagi insyallah).
Paluan gendang perang dan peliwatan
terhadap Tan Sri Khalid dimulakan oleh segala anjing-anjing salakan PKR.
Kitab 50 Dalil mengapa Tan Sri Khalid wajib dipecat disebarkan. Tan Sri
Khalid ditelanjangkan dan dilondehkan oleh parti sendiri!
Dalam keadaan itu, siapa sebenarnya yang
khianat? Siapa sebenarnya yang tidak amanah? Siapa sebenarnya yang
tiada semangat setiakawan?
Sebab itu tindakan Majlis Syura' Ulama
PAS membuat ketetapan menolak cadangan Anwar mencalonkan bini dia Azizah
sebagai MB adalah tepat dan benar.
Sebab itu pendirian Datuk Seri Hadi
Awang menolak pencalonan Azizah dan menyokong pengekalan Tan Sri Khalid
sebagai MB adalah tepat.
Sebab itu ketegasan Datuk Nik Aziz Nik
Mat menyokong pendirian Datuk Seri Hadi untuk menolak Azizah dan
mengekalkan Tan Sri Khalid adalah tepat.
Sebab itu keputusan Badan Perhubungan PAS Selangor menyokong ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS adalah tepat.
Sebab itu keputusan empat Exco PAS menyokong Tan Sri Khalid dan kekal didalam pentadbiran beliau adalah tepat.
Sebab itu pendirian Datuk Ahmad Yakob,
Datuk Nik Amar, Nasharudin Hasan Tantawi, Nik Abduh, dan ramai lagi
pemimpin ulama PAS menolak pencalonan Azizah dan menyokong pengekalan
Tan Sri Khalid adalah tepat.
Saya hairan bagaimana kumpulan Anwarinas
dan para parasit boleh menyokong pemecatan Tan Sri Khalid dan menerima
cadangan Anwar mencalonkan bini dia sebagai MB?
Kalau kita melihat isu pemecatan Nizar
Jamaludin sebagai MB Perak dan pencalonan Zambry Kadir sebagai ganti,
kumpulan Anwarinas dan para parasit mengambil sikap dan pendirian yang
berbeza!
Mereka mempertikaikan pemecatan Nizar
Jamaludin walaupun Zambry menerima sokongan majoriti ADUN Perak termasuk
3 anggota DUN PKR dan DAP. Kononnya tidak sah kerana lompatan 3 ADUN
PKR-DAP itu mengkhianati prinsip demokrasi, konon Zambry melanggar asas
demokrasi, konon Almarhum Tuanku Sultan Perak tidak sepatutnya menerima
mengadap Zambry mempersembahkan nama kesemua ADUN Perak yang menyokong
beliau menjadi MB.
Mereka hingga sanggup berguling atas
jalan, menderhaka kepada Tuanku Sultan, memperlekeh institusi Di-Raja
Perak; malah hingga sanggup membuat persidangan bawah pokok!
Sekarang mereka patut bertanya, adakah
sah lompatan oleh dua ADUN PAS yang menyokong usaha Anwar-PKR memecat
Tan Sri Khalid dan menerima Azizah menjadi MB?
Sedangkan lompatan ADUN PKR-DAP dalam
krisis Perak mereka kata haram, sehingga sanggup buat solat hajat untuk
melaknat mereka; bagaimana pula dengan lompatan dua ADUN PAS menyokong
Azizah sehingga melanggar ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS dan
pendirian PAS Selangor dan pendirian Presiden Datuk Seri Hadi Awang dan
Mursyidul Am Datuk Nik Aziz?
Jika mesyuarat AJK PAS PUSAT esok
membuat keputusan menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia sebagai
MB Selangor dan mengesahkan pemecatan terhadap Tan Sri Khalid, ini akan
menjadi satu amalan precedent yang bukan sahaja sangat bercanggah dengan
pendirian mereka dalam krisis Perak, malah lebih serius ianya memberi
mesej yang salah kepada ahli akar umbi dalam perkara prinsip kepimpinan
dan perjuangan PAS sendiri!
Seolah-olah lompat sokongan kepada
Anwar-Azizah oleh ADUN mereka okay walaupun bercanggah dengan ketetapan
Majlis Syura' Ulama PAS!
Seolah-olah ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS, badan pembuat dasar tertinggi dalam PAS boleh disanggah dan dilanggar!
Seolah-olah pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemimpin tertinggi PAS boleh disanggah dan dilanggar!
Seolah-olah pendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, pemimpin tertinggi badan eksekutif PAS boleh disanggah dan dilanggar!
Seolah-olah pendirian Badan Perhubungan
PAS Negeri Selangor, badan tertinggi PAS bagi peringkat negeri boleh
disanggah dan dilanggar!
Seolah-olah bai'ah yang diikrarkan oleh semua calon pilihanraya dan kepimpinan PAS boleh disanggah dan dilanggar!
Pada saya, sekiranya Jawatankuasa PAS
Pusat dalam mesyuarat esok menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia
sendiri Azizah sebagai MB dan mengesahkan pemecatan Tan Sri Khalid,
ianya adalah secara efektifnya suatu undi tidak percaya kepada Majlis
Syura' Ulama PAS, suatu undi tidak percaya kepada Mursyidul Am PAS,
suatu undi tidak percaya kepada Presiden PAS, suatu undi tidak percaya
kepada Badan Perhubungan PAS Selangor!
Sebab itu saya berdoa, dan menyeru Datuk
Seri Hadi Awang supaya bertegas mempertahankan ketetapan Majlis Syura'
Ulama PAS, pendirian Mursyidul Am dan beliau sendiri sebagai Presiden,
dan pendirian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dan empat orang Exco
PAS dalam Kerajaan Selangor.
Saya sedar ianya sesuatu yang sangat
sukar bagi Datuk Seri Hadi Awang kerana Jawatankuasa PAS pusat dikuasai
oleh kumpulan Anwarinas dan para parasit.
Malahan ada maklumat menyatakan ada puak
dalaman dengan sokongan pihak luar PAS sedang berusaha supaya mesyuarat
Jawatankuasa PAS Pusat esok bukan sahaja akan menolak ketetapan Majlis
Syura' Ulama PAS dan menolak pendirian Mursyidul Am dan Presiden; malah
mereka mahu Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan menerima cadangan
Anwar mencalonkan bini dia Azizah sebagai MB dan mengesahkan pemecatan
Tan Sri Khalid.
Malah lebih biadap dan kurang ajar,
mereka mahu Jawatankuasa PAS Pusat memberi amaran dan kata dua kepada
Datuk Seri Hadi Awang supaya toe the line, akur kepada kehendak mereka
atau beliau sendiri menghadapi kemungkinan disingkir dan dipecat sebagai
Presiden PAS, na'uzubillah.
Semoga Allah memberi Datuk Seri Hadi
Awang dan kepimpinan ulama' PAS kekuatan iman, quwwah dan istiqomah
dalam perjuangan yang penuh fitnah dan ranjau duri kedajjalan ini.
Lagi satu Isu ....
Kenapa Isu Kehadiran Mesyuarat TGHH dibangkitkan.
1. Smuanya berpunca dari Langkah Kajang yg dicadangkan oleh Rafizi dan Saifudin. Langkah ini sumbang dan menyusahkan banyak pihak semata-mata hendak meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
2. Tujuannya utk memudahkan penggunaan dana Selangor yg RM3billion itu sbb dibawah TSKI tidak ada peluang dan ruang. PR Sarawak pun dah dekat.
3. Tapi TSKI yg dikatakan tidak amanah, tiada integriti dlm penyelesaian isu air, Kidex dan bible, akhirnya dilihat bukanlah seperti yg didakwa. MB sekarang bersetuju dan meneruskan usaha TSKI dgn jayanya.
4. TSKI ada mengunjungi TGHH dan TGNA pada 2 Syawal lalu di Kota Bharu. Antara isinya ialah menyatakan terima kasih kerana menyokong TSKI. Sebenarnya kunjungan itu pun atas nasihat Tuanku Sultan. Dan TSKI juga menyampaikan mesej istana agar TGHH mengadap Baginda pada 4 Syawal.
5. Pejabat TSKI uruskan segalanya dan TGHH datang mengadap. Tuanku memanggil TGHH "tok guru". Cerita ini tersebar dgn pantas dan menggembirakan orang Pas.
6. Dalam masa yg sama Wan Azizah melalui Anwar mohon mengadap Tuanku, namun tidak diperkenan atas apa jua alasan dan ia sangat menyakitkan buat Anwar.
7. Dalam masa yg sama arahan istana agar menghantar lebih dari dua nama sebelum 3 September dipenuhi oleh Pas tapi tidak oleh PKR dan Dap. Nama2 itu boleh sahaja dari parti yg sama atau parti komponen Pakatan. Boleh juga dihantar dalam satu surat atau beberapa pucuk surat asalkan sebelum 3 September.
8. Tuanku murka dgn PKR dan DAP yg gagal mematuhi arahan mudah. PKR dan DAP manghantar satu nama sahaja. Dalam bahasa mudah PKR dan DAP gagal ujian Bahasa Malaysia. Lim Guan Eng cepat2 memohon maaf terhadap istana. Diikuti Anwar selang beberapa hari.
8. PAS telah dapat menghidu mood Tuanku kerana punya hubungan yg baik dengan istana. Dan orang yg rapat dgn istana sendiri pada masa itu ialah TGHH.
9. Dengan bergayanya PAS mengharungi krisis ini telah menyakitkan hati Anwar dan Lim Guan Eng. Ini memalukan Lin Guan Eng dan Anwar. Kedua2nya orang besar dalam parti masing2. Keduanya berkeras dgn pendirian masing2. Sedangkan TGHH telah dulu tahu bahawa istana tidak berkenan dgn Wan Azizah.
10. Cadangan Anwar dan Lim Guan Eng dipaksa dlm beberapa siri mesyuarat Pakatan. TGHH tidak selesa dgn calon itu sebab maklumat awal istana.
12. Maka terbongkarlah, sebenarnya TGHH betul dalam tindakannya apabila Tuanku berkenan dengan selain Wan Azizah. Langkah Kajang gagal. Dan harganya bukan sedikit.
13. Seseorang perlu disalahkan. Maka Anwar dan Lim Guan Eng pun mencari kambing hitam. Lalu dikatakan TGHH tak hadir mesyuarat.
14. Lim Guan Eng yg memulakan serangan. Ini penting bagi menutup malu dia yang mengarahkan Adun2 DAP menyerang Kidex habis-habisan.
15. Isu kehadiran TGHH juga nak menutup isu 3 Adun PKR dan 2 Adun DAP yang membatalkan SD menyokong Wan Azizah dan berpaling ke Azmin. Siapa mereka berlima kenapa tidak diambil tindakan macam tindakan keatas TSKI?
16. Siapa 3 Adun PKR dan 2 Adun DAP itu? Tanpa SD tu Istana tidak akan pilih Azmin. Apa pula habuan 5 Adun itu. Ada yang dilantik Exco dan ada yg mendapat habuan jawatan lain dlm GLC.
17. Itulah puncanya. Lim Guan Eng dan Anwar telah tewas oleh kerana keangkuan mereka wpun telah memohon maaf dengan istana, masih berdendam dengan TGHH. Dendam itu sekarang sedang dibalas. UMNO perati je sekarang kerana ada orang main peranannya.
Wan Sukri Harun
Pembantu Pejabat
Mantan Menteri Besar Selangor

7 orang berkata:
anwar buat keburukan...itu salah diri dia sendiri....
jadi hadi jangan ikut buruk anwar...
kalau hadi berperangai buruk nak salahkan anwar pulak....
haaa..yg ni kena PIKIR PIKIR..
Awak baca artikel ni ke tidak? Ambil pangkal ambil hujung lrpas tu buat komen bodoh. Atau awak memang jenis taksub melulu dan tolol terhadap Anwar.
Awak baca artikel ni ke tidak? Ambil pangkal ambil hujung lrpas tu buat komen bodoh. Atau awak memang jenis taksub melulu dan tolol terhadap Anwar.
Walau pun apa yg diceritakan ini betul dan tentu brlaku begitu,anjing2 pkr akan terus menyalak menyalahkan tghh dan pas,org yg melakukan kejahatan seperti anwar ibrahim ini sudah sepatutnya disumbat jail org begini tk sepatutnya disimpan diluar semoga pas akan terus hidup
Sabar bro, ulamak tersohor ada karamahnya. Ambik taik dia sikit sapu kat dahi bagi otak cerdik & sapu kat hujung lidah bagi semua yg terbit dari lidah kata kata yg indah & hikmah sahaja. Jgn lupa minta kunci syurga dari dia. Baca kitab kitab feqah yg dia tulis. Mati nanti bagi no ahli parti suci yg satu satunya memperjuangkan islam dlm alam maya ini, hak eksklusif islam hanya dipegang oleh pas, yg lain salah belaka. Bilalah nak sedar?
Biar ler PKR DAP tu. Buat tak tahu ja. Jgn dilayan nanti lebih mengada-ngada. Sampai masa PKR tu karam ler... tp sblm karam dia buat 'pelampung' dulu...PASMAmmmmmpusss. Dia lupa PASMAmmmmmpussss tu pun tak lama hayat... dlm PASMAmmmmmpussss tu semuanya gila pangkat darjat dari Presiden ke macai
Masalahnya khalid tak walak dekat parti pkr. Pas kan pakai sistem walak awat pas sahaja ke boleh pakai sistem walak pkr tak boleh pakai sistem walak ke....bodonya admin ni....
Post a Comment