KASI PANEH LAGI !!!
BULAN RAMADHAN BULAN PANEH, SEBAB MAKSUD RAMADHAN TU PANEH, DEME KATE BILE LE PEH NAK KWAR PR, HU HU HU, LA NI DEME JUGE KATE DAP,PKR,DAN PEH TERUS BEKERJASAMA, DAHLAH PR TAK DE TAPI TERUS NAK KERJASAMA, NGAPE TAK TENDANG PEH ? Pak Karamu
Kerjasama tetap diteruskan walau PR tak wujud
BUKIT MERTAJAM - Biarpun Pakatan Rakyat (PR) telah diisytihar tidak lagi wujud, namun kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR masih diteruskan, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis sumbangan Ihya Ramadan kepada surau dalam Parlimen Permatang Pauh di Masjid Jamek Kampung Pelet dekat sini hari ini, Dr Wan Azizah berkata, beliau mempunyai pandangan optimis terhadap semangat yang ada dalam pakatan pembangkang.
Pada Rabu lepas, beliau dilaporkan mengakui bahawa gabungan politik pakatan pembangkang tidak lagi berfungsi secara formal.
Keadaan itu, katanya, berlaku berikutan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas pada Muktamar Pas Ke-61, manakala Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pula telah mengumumkan 'penamatan riwayat' PR,
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata berdasarkan pembacaan dan pengamatannya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas sama ada yang tewas atau menang dalam pemilihan jawatan parti itu, mereka telah memberi mesej bahawa ketiga-tiga parti terbabit akan terus bersama-sama.
Selasa lalu, media melaporkan DAP mengisytiharkan PR tidak lagi wujud.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan yang dibuat Muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' PR. - Bernama

1 orang berkata:
Dah berbuih mulut, dah berkurun bagitau, artikel tak boleh baca. Kadang kosong dan kadang font kelabu asap. PakKaramu ni singkatan kata: PEKAK KE KAMU?
Post a Comment