Portfolio AJK PAS Pusat
- Butiran
- Diterbitkan: 23 Jun 2015
- Ditulis oleh YB Dato’ Takiyuddin Hassan
Senarai
kabinet PAS Pusat sesi 2015-2017 yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa
Harian (Lantikan) dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Tambahan (Lantikan)
telah diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
kepada media pada 21hb Jun, 2015 yang lepas.
Disebabkan perubahan agak besar dalam
Jawatankuasa PAS Pusat, hamper semua Lajnah mendapat Pengerusi yang baru
kecuali 4 sahaja iaitu, Lajnah Politik dan Pilihanraya (dipengerusikan
oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang), Lajnah Dakwah (Dato’ Tuan Ibrahim
Tuan Man), Lajnah Pendidikan (Dato’ Mohd Amar Abdullah) dan Lajnah Hal
Ehwal Parlimen (Dato’ Mahfuz Omar).
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan
dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar
telah digabungkan menjadi satu lajnah yang akan dikenali dengan nama
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar. Lajnah ini dipengerusikan seorang
muka baru, Haji Sanusi Mohd Noor, mantan Setiausaha Politik Menteri
Besar Kedah.
Serentak dengan penggabungan tersebut,
satu portfolio baru yang dinamakan Lajnah Hubungan NGO telah ditubuhkan
yang dipengerusikan oleh seorang lagi muka baru, Prof Madya Hj Zainal
Abidin Kidam, mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor
(UniSel).
Sementara Lajnah Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) kembali dipengerusikan oleh Setiausaha Agong seperti di
awal penubuhannya pada tahun 2000 dahulu. Manakala satu lagi perubahan
adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi
(COO) Pusat Penyelidikan PAS (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada
Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu.
Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan dikalangan AJK Pas Pusat;
NO
|
LAJNAH
|
PEMEGANG JAWATAN
|
1 | Politik dan Pilihan raya | Pengerusi : YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (P) Timbalan : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (TP) Setiausaha : YB Dato Takiyuddin Hassan (SUA) YBhg. Dato Mustafa Ali (KP Pilihanraya) |
2 | Tarbiyah dan Perkaderan | Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad Timbalan : YB Ust Sallehen Mukhyi |
3 | Dakwah | Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan 1 : YBhg. Dr Nik Zawawi Salleh Timbalan 2 : YBhg. Ust Mokhtar Senik |
4 | Penerangan dan Hubungan Media | Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan : YB Dato Nasurudin Daud |
5 | Ekonomi & Pengurusan Harta PAS | Pengerusi : YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali at-Takiri Timbalan : YBhg. Ust Zaharuddin Mohammad |
6 | Pendidikan | Pengerusi : YB Dato Mohd Amar Abdullah Timbalan : YBhg.Hj Zainal Abidin Kidam |
7 |
Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal | Pengerusi : YBhg. Hj Razman Zakaria Timbalan 1 : YBhg. Dr Ali Akbar Timbalan 2 : YBhg. Hj Mohamad Hussain |
8 | Pekerja dan Pengguna | Pengerusi : YBhg. Mohd Taufek Abdul Ghani Timbalan : YB Ust Abdullah Hussin |
9 | Teknologi Maklumat dan Komunikasi (bersifat sistem sokongan parti di peringkat Pusat dan lebih sesuai di bawah pentadbiran SUA) |
Pengerusi : Dato Setiausaha Agung PAS (Dato’ Takiyuddin Hassan) Pengarah IT – Mohd Shuhaimi Embong (kekal) |
10 | Kebajikan dan Kemasyarakatan | Pengerusi: YBhg. Dr Rosni bt. Adam Timbalan 1 : YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor Timbalan 2 : YB Dato Nasuruddin Daud |
11 | Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar | Pengerusi : YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Timbalan : YBhg Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar |
12 | Undang-undang dan Hak Asasi Manusia | Pengerusi : YBhg. Dato Wan Abdul Mutalib Embong Timbalan : YB Dato Dr Mohamad Fadzli Hassan |
13 | Asas Tani dan Alam Sekitar (‘Lajnah Asas Tani’ dan ‘Lajnah Alam Sekitar’ digabungkan menjadi satu lajnah) |
Pengerusi : YBhg. Sanusi Mohamad Nor Timbalan : Hj Mohamad Hussain |
14 | Perpaduan Nasional | Pengerusi : YBhg. Dr Najihatul Salihah Ahmad |
15 | Kebudayaan dan Kesenian | Pengerusi : YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor Timbalan : YBhg.Ust Norazli Musa |
16 | Hubungan NGO | Pengerusi: YBhg. Hj Zainal Abidin Kidam |
17 | Hal Ehwal Parlimen | Pengerusi: YB Dato Hj Mahfuz Omar |
18 | Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi | Pengerusi : YBhg. Hj Salahuddin Ayub |
19 | Lembaga Pemerkasaan Parti | Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan : YBhg. Dr Rosni Adam |
20 | Lembaga Pembinaan Kompleks PAS | Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad Timbalan 1 : YBhg. Hj Mohamad Noor Mohamad Timbalan 2 : YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali at-Takiri |
21 | Pusat Penyelidikan PAS (PPP) | Pengerusi : Dato’ Seri Presiden PAS Pengarah : YBhg. Dr Mohd Zuhdi Marzuki Timbalan : YBhg. Zaharudin Mohammad |
22 | Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana | Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad Timbalan : YBhg. Hj Hussin Ismail |
23 | Jabatan Pilihanraya PAS | Pengerusi: Dato’ Ketua Pengarah Pilihanraya (Dato’ Mustafa Ali) |
24 | HARAKAH |
Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad Pengarah Urusan : YBhg Dr Rosli Yaakup (kekal) Penasihat Editorial : Ketua Penerangan (YB Nasrudin Hassan Tantawi) |
25 | Pejabat Presiden PAS
|
- YBhg. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kekal) - YBhg. Hj Zaihan Mohd Daud (kekal) - - YBhg. Kamaruzaman Mohamad (kekal) - YBhg. Abdul Malik Abdul Razak |
Nota:-
1 | Jawatankuasa Kewangan [Fasal 76 (2)(a)] |
Pengerusi : Presiden Ahli : Setiausaha Agung & Bendahari PAS Pusat |
2 | Lembaga Pemegang Amanah [Fasal 78(2)] Tidak lebih 5 orang |
Pengerusi : Presiden Ahli :
|
Sekian, terimakasih
YB Dato’ Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agong PAS
1 orang berkata:
zzzzz2018.5.9
oakley sunglasses
coach outlet
true religion jeans
moncler outlet
ralph lauren outlet
basketball shoes
nike huarache
hugo boss sale
christian louboutin shoes
fitflops
Post a Comment