KALI NI AGAK PELIK SIKIT, BILA KALAH MEREKA MENYALAK, NAK TUBUH PARTI BARU ? SILAKAN. ANGGOTA PAS NAK JADI AHLI ISLAM BARU SILAKAN ! MASUK PARTI ISLAM BARU TAK PAYAH SUNAT, SEBAB SUNAT TU HANYA UNTUK PENGENALAN DAN BERSUCI JE , QURAN BARU, NABI DAN RASUL BARU AND TUHANBARU, -PakKaramu
Ahli Pas kena bertenang
-
Ahmad Fadhli hadir Majlis Berbuka Puasa Pemuda Pas Kelantan di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, kelmarin.
KOTA BHARU - Ahli dan penyokong Pas diminta bertenang serta tidak panik
dengan perkembangan berlaku kebelakangan ini terutama selepas pemilihan
pucuk pimpinan pada Muktamar Tahunan Kali ke-61, dua minggu lalu.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keadaan dilihat semakin tidak terkawal berikutan pengumuman beberapa bekas pimpinan parti tersebut yang tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baharu sebagai wadah selepas tewas dalam pertandingan untuk menduduki jawatan tertentu dalam Pas.
“Pergolakan dalaman adalah sesuatu yang lumrah berlaku dalam parti politik, khususnya selepas berlakunya pemilihan parti.
“Namun, ia diyakini hanyalah perkembangan sementara dan situasi dalaman akan tenang semula selepas masing-masing, pihak yang bersaing dapat menerima hakikat dan kembali bekerja untuk menguatkan parti,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pemuda Pas Kelantan di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, kelmarin.
Menurutnya, beliau juga optimis ahli Pas sudah cukup matang membuat penilaian berhubung kenyataan pihak tertentu untuk menubuhkan parti baharu itu.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas turut memberitahu, amat jarang parti serpihan dapat bertahan lama.
“Saya nasihatkan semua pihak di dalam parti agar menumpukan gerak kerja ke arah memperkukuhkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Di Kelantan khususnya, semua pihak wajib menggembleng tenaga untuk mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan BN. Kita tiada masa untuk menghangatkan konflik dalaman yang jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya lagi.
Berhubung cadangan untuk menubuhkan parti baharu, Ahmad Fadhli berkata ia adalah hak demokrasi mana-mana individu di negara ini untuk menubuhkan dan menyertai mana-mana parti politik diingini.
“Namun saya juga ingin mengingatkan, selaku ahli parti, adalah amat tidak sesuai untuk bercakap soal menubuhkan parti baharu dalam keadaan individu berkenaan masih menjadi ahli Pas.
"Perlu juga dinyatakan bahawa keahlian Pas secara automatiknya akan terbatal jika sertai parti lain,” tegasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment