Bersih 4.0 bakal bertemu lawan 29 Ogos ini
KUALA LUMPUR - Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 Ogos
nanti bakal bertemu lawan dengan himpunan Menolak Bersih 4.0 yang
dikatakan diadakan di hari yang sama, pada hujung bulan nanti.
Penganjur Himpunan Menolak Bersih 4.0, Datuk Jamal Yunus berkata,
himpunan hujung bulan ini bakal diadakan bagi membantah penganjuran
Bersih 4.0 yang diadakan pada hari yang sama.
"Kami semua akan berhimpun beramai-ramai di hadapan Plaza Low Yat dan
akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada hari himpunan Bersih 4.0
diadakan.
"Kami akan berhimpun seawal pagi pada hari tersebut. Kami akan berarak
menuju ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu," katanya ketika ditemui
pemberita ketika mengadakan himpunan Menolak Bersih 4.0 (Jahat) di
hadapan Kompleks Beli-belah Sogo, di sini, hari ini.
Seramai 30,000 peserta dari seluruh negara dijangka hadir bagi menunjukkan solidariti dalam menolak himpunan Bersih 4.0.
Menurutnya lagi, himpunan besar-besaran itu hanya akan dibatalkan
sekiranya penganjur himpunan Bersih 4.0 membatalkan penganjuran
himpunan.
"... kita tahu, kalau minta kebenaran polis pun, pihak polis tidak akan
bagi (kebenaran). Himpunan membantah Bersih ini akan diteruskan
sebagaimana himpunan Bersih 4.0 diteruskan," katanya lagi.
Ratusan individu memakai baju T berwarna merah membanjiri pekarangan
Sogo bagi membantah dan menolak himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan
pada hujung bulan ini.
Kesemua mereka yang mengenakan baju T bertulisan 'Bersih 4 Keamanan'
bertegas menolak penganjuran Bersih 4.0 yang dilihat mampu mewujudkan
kekacauan serta menggugat ketenteraman awam.
0 orang berkata:
Post a Comment