ORANG MELAYU JADI BANGSAT KERANA HIDUP MEREKA TIADA RUKUN, HIDUP MEREKA BERGANTUNG DENGAN RUKUN ISLAM, JIKA TIADA ISLAM JADI ANUTAN MEREKA MAKA SAHLAH MELAYU AKAN JADI BANGSAT, MAKA MELAYU BANGSATLAH YANG TINGGALKAN PERJUANGAN ISLAM, MAKA BANGSAT ITU MACAM ORANG-ORANG YANG KETAGIH SYABU LA, MAKA SYABU SENTIASA DALAM INGATANNYA DAN HIDUP MEREKA DIPELIHARA ORANG BANGSAT
MAKA SEBANGSAT-BANGSAT ORANG ADALAH ORANG KAFIR YANG BERTARAF HARBI, MEREKA DI AJAR HIDUP DAN MATI MEREKA KERANA FULUS WAL MAMPUS, BARANG SIAPA MENGIKUTI MEREKA MAKA MEREKALAH SEBANGSAT-BANGSAT HARAM JADAH, MAKA BANGSAT HARAM JADAH ITU NAMA SENGKATNYA MACAM BUNYI ARAB IAITU BARDAH - Pak Karamu
Melayu tidak bangsat kerana Islam
RANTAU PANJANG – Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan kesal dengan
kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
mengatakan orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa.
Presidennya, Razak Abas berkata, Najib tidak seharusnya berkata sedemikian apatah lagi dengan statusnya sebagai Perdana Menteri dan juga anak kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Menurutnya, ucapan itu seolah-olah menggambarkan bahawa kaum Melayu tidak mengamalkan ajaran Islam sehingga terjerumus ke dalam istilah tersebut.
"Kata-kata itu terlalu keras dan boleh merosakkan akidah kerana ia seumpama memberi keyakinan bahawa Melayu hanya akan mulia dengan adanya Umno.
"Selagi kita ikut ajaran Islam, al-Quran dan Sunnah, kita tidak akan menjadi terbangsat walaupun tanpa Umno," tegasnya.
Razak merupakan bekas ahli Umno dan katanya, sejak meninggalkan Umno untuk menyertai Pas, dia tidak pernah merasakan Melayu berada dalam kelompok yang hina.
Sehubungan itu, beliau memohon ulama-ulama serta mufti bertindak dan membetulkan kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Razak berpendapat Najib seperti mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mengeluarkan kenyataan 'Melayu Haprak' suatu ketika dahulu.
Isnin lalu, akhbar ini melaporkan, Najib mengeluarkan kenyataan 'orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa' ketika berucap di Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Umno Padang Besar, Kangar, Perlis, dan kerana itu ahli Umno wajib mempertahankan parti tersebut.
0 orang berkata:
Post a Comment