NGO berbai’ah jangan sertai Bersih
KUALA LUMPUR - Ayahanda-ayahanda dan semua ahli badan bukan keranaan
(NGO) di negara ini diingatkan agar tidak terlibat dengan demonstrasi
jalanan, Bersih 4.0 kerana jelas menyalahi rukun bai’ah serta lafaz
akujanji yang diperjuangkan.
Pengerusi Yayasan Ayahanda SeMalaysia (Yas), Syed Husain Al-Shahab berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat ahli NGO berbai’ah berhasrat menyertai perhimpunan itu
Menurutnya, sekiranya hasrat berkenaan diteruskan, ia nyata bertentangan dengan perjuangan mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu, tanah air, dan ketaatan kepada ALLAH SWT, Rasulnya Muhammad SAW dan Ulil Amri.
“Selagi pemimpin yang dipilih dan dipersetujui secara majoriti itu dapat mengekalkan keamanan, tidak melakukan kezaliman melampau dan masih membenarkan rakyat beribadah dan bersyariat kepada tuhan dan kepercayaan masing-masing, maka pemimpin ini tidak boleh diperangi atau digulingkan secara tidak demokratik.
“Mungkin mereka yang berhasrat untuk terlibat ini mendapat penerangan yang salah dan tidak tahu apa matlamat sebenar Bersih 4.0, terpengaruh dengan janji manis, atau mungkin menerima ganjaran,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Syed Husain berkata, pihaknya tiada halangan terhadap pihak berkuasa
untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin NGO berbai’ah serta
ahli terlibat.
“Setiap NGO ada peruntukan undang-undang yang membolehkan ahli dikenakan tindakan dipecat, digantung keahlian ataupun dikenakan tatatertib, jadi NGO perlu ambil tindakan terhadap ahlinya. Yas sendiri pun akan ambil tindakan jika didapati ada ahli terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas berhubung penganjuran Bersih 4.0, beliau
berkata, ia jelas menunjukkan motif menumbangkan kerajaan dengan cara
kekerasan dan tidak demokratik.
Menurutnya, tindakan penganjuran itu bukan bersifat bantahan semata-mata tetapi lebih kepada menghuru-harakan keamanan dan menjuruskan negara ke arah kacau bilau berlanjutan.
Menurutnya, tindakan penganjuran itu bukan bersifat bantahan semata-mata tetapi lebih kepada menghuru-harakan keamanan dan menjuruskan negara ke arah kacau bilau berlanjutan.
0 orang berkata:
Post a Comment