Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BETULLAH PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN TERGESA-GESA, SAPA PUNYA KERJA ?

Tidak perlu bentuk Pakatan Harapan di Selangor

 Azmin Ali
Azmin Ali - Foto Sinar Harian
 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.
  
Timbalan Presiden PKR itu berkata mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.
  
"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau  Pinang sebab senario politik berbeza.
  
"Kita telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan Pas, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan  Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
  
 Mohamed Azmin diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah  Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.
  
Phahrolrazi dilapor berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.
  
Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.