Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KES NI MUNGKIN MENGGEGAR NEGARA ?

Tiga kertas siasatan terhadap Tun M dibuka

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
KUALA LUMPUR - Polis telah membuka tiga kertas siasatan berhubung aduan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
  
"Pihak polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu berkaitan Klang Report 33074/14 dan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
  
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk ulasan dan arahan lanjut setelah siasatan selesai dijalankan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
  
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang meminta Timbalan Perdana Menteri menyatakan hasil siasatan dan tindakan yang diambil ke atas Dr Mahathir.
  
Menurut Ahmad Zahid, satu lagi kertas siasatan berkaitan Jinjang Report dan ia telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 Okt lepas untuk arahan selanjutnya.
  
"Pihak polis juga menjalankan siasatan berkait Jinjang Report 18448/2015 dan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Unknown said...


Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.