Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEPATUTNYA PARLIMEN TEMPAT BERMUHASABAH

 

Teks Ucapan Bajet 2016 MP Marang

BAJET 2016: BERTAUBAT DAN MAAF TIDAK MENGHUKUM 


 Firman Allah:                                             

“Dan Janganlah jadikan tanganmu terbelenggu dileher (bakhil) dan jangan pula terhulur seluas-luasnya (boros). Nanti kamu menjadi terduduk dalam keadaan tercela dan menyesal. Sesungguhnya Allah melimpahkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan menentukan kadarnya. Sesungguhnya Allah berlaku terhadap hamba-Nya dalam keadaan Maha Mengetahui lagi Maha Melihat”   (Surah al-Isra’: ayat 29-30)

Inilah petunjuk Allah yang mengajar manusia cara-cara berbelanja dengan betul (istiqamah) dan menjadi panduan untuk individu sehinggalah dalam urusan negara. Allah menyifatkan sebagai salah satu daripada ciri-ciri kebijaksanaan (hikmah) bagi manusia.

Sudah menjadi kebiasaan pembentangan bajet akan dikemukakan jumlah hasil dan pendapatan. Dan dikemukakan juga peruntukan dan perbelanjaan yang besar bagi menjana ekonomi negara demi kemajuan, keselesaan kehidupan rakyat dalam segala aspek dan melancarkan perjalanan jentera kerajaan.

Ukuran kejayaan bajet yang sebenar adalah memastikan semua pihak dalam keadaan selesa. Bajet tidak mencapai matlamat kalau pihak kerajaan sahaja yang selesa, sedangkan rakyat masih menderita dengan masalah mereka yang belum selesai atau mendatangkan masalah baru yang menimpa kehidupan seperti masalah kemiskinan yang masih ada, kemudahan asas belum dipenuhi dan ditambah dengan masalah inflasi yang membebankan kehidupan dalam segala aspeknya, di antaranya; kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak boleh ditampung dengan pendapatan yang tidak mencukupi. Dan juga keamanan hidup yang tidak terjamin dengan kadar jenayah yang meningkat atau tidak di atasi serta kemalangan yang sering berlaku.

Parlimen menjadi tempat bermuhasabah samada membahaskan yang telah berlangsung untuk menjadi iktibar atau bakal dilaksanakan supaya lebih berhemat dan berhikmah.

Bagi penganut Islam diajar agar beriman bukan sekadar Wawasan 2020 yang sudah hampir tiba bahkan lebih mencabar lagi menghadapi wawasan akhirat dengan adanya perhitungan dosa dan pahala dalam segala aspek urusan hidup bermasyarakat yang tidak dipisahkan daripada Islam yang lebih luas maknanya daripada perkataan agama yang difahami pihak yang lain termasuk dalam aspek politik, ekonomi dan pengurusannya.

Dalam aspek ekonomi pula lebih menjadi penekanan dalam kehidupan duniawi apabila menjadikan ekonomi seperti berhala yang dipuji oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia seperti kiblat yang dihadap ketika beribadat.

Islam menegaskan bahawa aspek ekonomi merupakan sebahagian daripada perkara amanah yang besar tanggungjawabnya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Mesti bengang je geng amanah dengar ni sbb sibuk dgn akhirat je org nak cepat keputra jaya.bengang tak apa lg jgn bangang sudah

Anonymous said...

Anon 9:26 Ibu Karina pelanggan tetap blog Pakkaramu ni dah reply komen ko......

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.