Harap kemelut 1MDB selesai segera
Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Pemuda Umno meletakkan harapan lantikan ahli
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu dapat mencari
penyelesaian segera kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, PAC adalah
tempat yang sesuai bagi isu itu diselesaikan tanpa ada pertikaian
daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.
“PAC adalah tempat yang paling sesuai isu (1MDB) diselesaikan, kerana
ada wakil daripada kerajaan dan pembangkang. Apa sahaja ketetapan yang
dibuat oleh PAC pembangkang tidak boleh kata penyelesaian dan ketetapan
yang berat sebelah.
“Saya harap siasatan dapat dijalankan dan isu ini segera diselesaikan,”
katanya mengulas lantikan baharu ahli jawatankusa PAC kepada pemberita
selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda Umno, di sini,
semalam.
Khairy berkata, Pemuda telah menyatakan ketetapan sebelum ini bahawa
ruang penyelesaian perlu diberikan kepada jawatankuasa itu.
“Buat masa ini, penyelesaian yang lengkap perlulah melalui proses PAC.
Itu perkembangan yang baik kerana banyak soalan tidak berjawab dan
menimbulkan tanda tanya dapat diselesaikan.
“Kita kena berlaku adil, walaupun kita menyatakan pendirian kita
bersetuju, masa perlu diberikan kepada jawatankuasa untuk penyelesaian,”
katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ura-ura adanya sekatan Timbalan
Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat sayap Umno
pada perhimpunan parti Disember depan, beliau enggan mengulas lanjut.
“Saya tidak ada dengar ura-ura (mengenai isu itu). Saya tidak mahu
komen berdasarkan spekulasi kerana sangat tidak tepat,” katanya.
Mengulas sama ada akan berlaku sekatan kepada Pemuda membangkitkan isu
berkaitan 1MDB pada Perhimpunan Agung Umno pada Disember depan, Khairy
berkata, tiada halangan sekiranya perkara itu dibahaskan.
“Tiada sekatan.. walaupun kita menghormati etika perbahasan, tidak
pernah ada usaha sekat pembahas daripada didengari pucuk pimpinan
parti,” katanya.
Sementara itu, Pemuda Umno sebulat suara mahu semua ahlinya menjadikan
program yang dapat mengukuhkan parti sebagai keutamaan, selain tidak
membuat kenyataan mengikut pandangan peribadi.
Khairy berkata, walaupun setiap ahli mempunyai hak menyatakan pandangan
tetapi perlu diingat fokus mereka adalah terhadap agenda yang
menyumbang kepada keutuhan parti.Harap kemelut 1MDB selesai segera.
2 orang berkata:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment