Kerajaan putus tidak haramkan vape
SHAH ALAM - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan
vape dalam kalangan pengguna dan penjual vape, hari ini.
Kenyataan tersebut disahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaacob menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.
“Berita baik untuk vapers, vaper brewers dan peniaga vape, Kabinet hari ini
memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan
yang memahami aspirasi anak muda,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang haram penggunaan vapor ]
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebelum ini berkata, kerajaan
sebelum ini mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik
atau vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan
penggunanya.
Katanya, kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan
untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan
tindakan pengharaman itu dilaksanakan
.
0 orang berkata:
Post a Comment